Saya tertarik apabila menerima jemputan untuk menghadiri Majlis Perasmian Siposium Perdana Mahasiswa Islam Malaysia (SIDANA) yang akan diadakan malam ini. Terima kasih saya ucapkan atas undangan dari pihak penganjur Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Terima kasih juga saya ucapkan kepada saudara pengarah program sahabat saya saudara Hasbie Muda yang juga merupakan bekas ahli kabinet MPMUM sesi yang lepas dan Exco Persatuan Mahasiswa islam Universiti Malaya.
Saya difahamkan program ini adalah program selama dua hari. Di sini saya sertakan tentatif keseluruhan program untuk maklumat seluruh warga kampus Universiti Malaya juga pembaca sekalian.
Perasmian : Prof. Madya Datuk Dr. Azarae Haji Idris
(TNC HEPA Universiti Malaya)
3 Panelis untuk Forum 28 Feb 2009
Masa: 9 - 11 malam
Tajuk: “Mahasiswa Malaysia vs Mahasiswa Luar Negara”
1) Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Mantan YDP PMIUM 2004/05)
2) Saudara Feriz Omar (Presiden ProWaris)
3) Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim (Profesor UM)
Moderator : Sdr. Shazni Munir Mohd Ithnin (Jurucakap GAMIS)
4 Pembentang Kertas Kerja pada 1 Mac 2009
Masa: 9 pagi - 5 petang
1) YB Saifuddin Nasution (MP Machang)
Tajuk: “Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar Masyarakat”
2) Prof Dato’ Mohammad Abu Bakar (Dekan FSSS UM)
Tajuk: “Kampus, Keresahan Intelek dan Kebangkitan Mahasiswa”
3) Sdr Md. Hisommudin Bakar (Mantan YDP MPMUM 2001/02)
Tajuk: “Ke Arah Kesatuan Mahasiswa Islam Malaysia”
4) Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh (Pengerusi Proton Holding Berhad)
Tajuk: “Mahasiswa Islam Sebagai Pemain Ekonomi Penting Masa Hadapan”
Saya melihat program ini membariskan nama-nama hebat sebagai ahli panel juga sebagai pembentang kertas kerja. MPMUM pada sesi kali ini meletakkan salah satu misi iaitu
Pembentangan kertas kerja ke-4 yang bertajuk “Mahasiswa Islam Sebagai Pemain Ekonomi Penting Masa Hadapan” adalah pilihan tajuk yang sangat bertepatan dengan situasi yang melanda negara ketika ini, di mana Malaysia juga dunia ketika ini sedang menghadapi krisis ekonomi. Kertas kerja ini bakal dibentangkan oleh Dato’ Mohd Nadzmi Mohd Salleh (Pengerusi Proton Holding Berhad).
Beliau yang baru dilantik menjadi Pengerusi Proton bermula 1 Januari lalu menggantikan Datuk Mohd. Azlan Hashim yang telah bersama syarikat kereta nasional itu sejak Disember 2004 merupakan bekas graduan Sarjana Ekonomi dan Statistik dari Universiti Miami dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi serta Kimia dan Matematik di Universiti Ohio. Saya yakin dan percaya beliau akan dapat memberi kepuasan kepada pendengar nanti. Saya juga mengharapkan di akhir pembentangannya nanti kita pendengar terutamanya yang bergelar mahasiswa akan sedar betapa besar tangungjawab kita dalam membantu mengatasi masalah ekonomi negara.
Jesteru saya berharap semoga projek besar PMIUM ini akan berjalan dengan lancar sebagaimana yang diharapkan. Dengan ini saya mengucapkan
SELAMAT BER'SIDANA'
Yang diPertua
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya 08/09
dan
Exco Akademik & Intelektual
Persatuan Mahasiswa Islam
Universiti Malaya
2008/09
0 comments:
Post a Comment