Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

ULASAN BUKU ‘POLITIK BARU- NEW POLITICS’

Buku ‘Politik Baru- Mematangkan Demokrasi Malaysia’ oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah (gambar) merupakan antara idea dan gagasan baru dalam politik negara kita pasca Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12). YB Dato’ Saifuddin merupakan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan ahli parlimen Temerloh. Semasa buku ini dilancarkan sempena 100 hari sebagai ahli parlimen, beliau adalah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi. Selain itu, beliau juga antara aktivis dan pemimpin mahasiswa semasa menuntut di Universiti Malaya sekitar tahun 80’an. Beliau pernah menjawat jawatan timbalan presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan presiden Majlis Belia Malaysia (MBM). Beliau juga aktif menulis artikal rencana dan kertas kerja.

Buku ini saya perolehi dengan harga RM30 (lupa berapa diskaun yang diberikan) pada 17 April 2009 di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Ia diterbitkan dalam dwi bahasa, bahasa Melayu di depan dan bahasa Inggeris dibelakang. Ia juga dibahagikan kepada dua komponen penting iaitu pertama, ‘integriti politik’ dan kedua, ‘kerangka governans baru’. Empat bab pertama menghuraikan komponen pertama buku ini iaitu, bab pertama, ‘Idealisme Politik’, kedua ‘Politik Ilmu’, ketiga ‘Politik Hikmah’ dan keempat ‘Politik Bakti’. Manakala dalam bahagian kedua, lima bab (bab 5 hingga 9) untuk menghuraikan mengenai ‘Kerangka Governans Baru’. Bab kelima, ‘Tiga Sektor Pembangunan Negara’, keenam ‘Generasi Muda & Masyarakat Sivil’, ketujuh ‘Keperluan Kepada Governans Baru’, kelapan ‘Penghakupayaan Perniagaan & Masyarakat Sivil’ dan kesembilan ‘Perwakilan Perniagaan & Masyarakat Sivil’.

Dalam bahagian pendahuluan, penulis menjelaskan beberapa perkara, antaranya berkaitan penerbitan buku ini, isu integriti, menyentuh mengenai Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan lain-lain. Ungkapan yang menarik oleh penulis untuk menggambarkan integriti politik berasaskan tiga sendi idealisme politik adalah ‘politik ilmu dan bukannya politik ampu, politik hikmah dan bukannya fitnah, serta politik bakti dan bukannya politik undi’. Penulis menjelaskan mengenai integriti politik dari sudut kepemimpinan yang bermakna pemimpin memerlukan 3 ciri kepemimpinan iaitu berwawasan, menguasai apa-apa yang dilakukannya dan mampu membina jaringan kerjasama.

Bab pertama, penulis mendedahkan mengenai kelemahan politik hari ini ialah politik wang, rasuah, cantas-mencantas, payung terjun, kronisme, nepotisme, cepat kaya, politikus badut dan sebagainya. Menurut Pelan Integriti Nasional (PIN) yang digerakkan oleh Institut Integriti Malaysia (IIM), agenda integriti politik bertujuan, pertama; mengekalkan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara berasaskan demokrasi yang menggabungkan institusi Raja berperlembagaan dan pemerintahan berparti. Kedua; mengekalkan kedaulatan dan meningkatkan keutuhan institusi Parlimen sebagai penggubal undang-undang yang luhur. Ketiga; mengamalkan politik berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri. Dan keempat; memantapkan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan governans terbaik.

Selain itu, sebagai mahasiswa, saya juga tertarik dengan prinsip dan pandangan penulis mengenai AUKU. Penulis menjelaskan ahli politik yang sentiasa berpegang dan berani dengan pendiriannya terhadap sesuatu isu atau perkara. Contohnya, dalam isu AUKU, ahli politik yang menghayati idealisme politik akan mempertahankan pendiriannya itu dimana-mana sahaja dan dalam apa jua keadaan sekalipun. Antara kebijaksanaan penulis ialah menyandarkan perkataan ilmu dalam istilah ‘Politik Ilmu’ kepada takrifan yang diberikan oleh ilmuwan Syed Muhammad Naquib al-Attas: “Ilmu ialah ketibaan sesuatu makna, hasil daripada maklumat yang benar ke dalam diri seseorang”.

Wan Mohd Nor Wan Daud (2003) dalam bukunya, Budaya Ilmu, terdapat tiga prinsip politik ilmu iaitu, pertama; meletakkan ahli politik berilmu di tempat yang paling tinggi, kedua; setiap ahli politik sentiasa menuntut ilmu atau menyumbang kepada perkembangan dan kemajuan ilmu serta ketiga; setiap keputusan dan tindakan ahli politik adalah berdasarkan ilmu. Antara contoh yang terbaik diberikan penulis mengenai politik ilmu dan sebaliknya adalah pelantikan Profesor Universiti Harvard, Robert B. Reich sebagai setiausaha buruh semasa Bill Clinton sebagai presiden Amerika Syarikat, Gabenor California yang tidak berpendirian iaitu Arnold Schwarzenegger (Republikan), pendedahan Barack Obama dalam bukunya The Audacity of Hope (Keberanian Menggapai Harapan- terjemahan dan terbitan ITNM) mengenai parti Demokrat dan Republikan.

Saya kagum melihat kupasan penulis mengenai belia, mahasiswa dan pelajar dalam bab kelima ‘Tiga Sektor Pembangunan Negara’ secara tersusun dalam enam situasi atau keadaan. Bab keenam ‘Generasi Muda dan Masyarakat Sivil’ merupakan huraian khas oleh penulis mengenai generasi muda yang merangkumi belia, mahasiswa dan pelajar. Antara yang disentuh enam objektif generik, sumbangan generasi muda dalam kegiatan sukarela dan saham generasi muda dalam mencetus idea, menggerakkan gagasan serta mempelopori beberapa perkara melibatkan dasar, institusi dan program pembangunan negara. Penulis juga menjelaskan antara manfaat pengamalan perwakilan perniagaan dan masyarakat sivil serta penubuhan setiap peringkat.

Kesimpulan yang dibuat oleh penulis, integriti poltitik dan kerangka governans baru bukanlah matlamat tetapi ia sekadar alat untuk mencapai matlamat. Matlamat yang sebenar adalah untuk meningkatkan kematangan demokrasi di negara ini bagi meningkatkan keamanan, keselamatan, kemajuan, kemakmuran dan kebahagian rakyat. Penulis juga memandang positif debat terbuka antara Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Ahmad Shabery Cheek serta debat Tan Sri Koh Tsu Koon dan Lim Guan Eng. Komen Prof. Dato’ Dr. Zaini Ujang, Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), “Sekiranya gagasan dan saranan dalam buku ini menjadi amalan, pasti budaya politik Malaysia akan lebih segar”.

Secara umumnya, buku ini menampilkan idea, pandangan dan gagasan politik baru yang sangat relevan dan sesuai untuk pengamalan dalam politik Malaysia. Cuma ia perlu dilengkapkan dengan kesedaran dan kejujuran semua rakyat Malaysia terutama ahli-ahli politik yang banyak berperanan mencorakkan lanskap politik Malaysia. Politik berasaskan ilmu, hikmah atau kebenaran sangat diperlukan untuk memastikan kebaikan rakyat dan negara, apatah lagi ia dituntut oleh agama. Antara langkah awal yang mesti dilakukan adalah kualiti perbahasan di parlimen yang bersumberkan fakta dan data serta kajian. Selain itu, pusat sumber parlimen juga mesti dinaiktarafkan dari sudut kuantiti dan kualiti buku dan bahan, kemudahan carian buku, kakitangan, kemudahan dan sebagainya. Sekarang pusat sumber parlimen hanya menyimpan 40 ribu bahan ilmiah dan beberapa kakitangan yang tidak lebih daripada 10 orang berbanding negara seperti Amerika Syarikat, Korea Selatan, Sweden dan sebagainya. Untuk mengubah perkara ini memanglah sukar dan banyak halangan, tetapi ia tidak mustahil sekiranya digerakkan dari sekarang secara bersama serta meletakkan kepentingan negara dan rakyat lebih utama daripada kepentingan peribadi.

Sunday, July 19, 2009

MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN PUSMAL & PROJEK IKAN DALAM SANGKAR

Pada 14 Julai yang lalu saya sempat menghadiri Majlis Perasmian Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) Universiti Malaya (UM) dan pelancaran projek ternakan ikan sangkar di Auditorium Kompleks Perdana Siswa (KPS).

Majlis bermula pukul 9.30 pagi, nyayian lagu Negaraku dan persembahan tarian kuda kempang. Selepas taklimat oleh En. Ab Azid Che Ibrahim, pengarah eksekutif PUSMAL dan juga ucapan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

Selepas itu, terus kepada ucapan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dan gimik perasmian, melepaskan belon dan menampakkan akuarium ikan di pentas. Kemudian nyayian lagu UM mengakhiri majlis perasmian di Auditorium KPS.

Disusuli sidang media bersama menteri di bilik DP2. Soalan-soalan banyak menyentuh mengenai projek-projek ikan dalam sangkar dan keterlibatan mahasiswa dan siswazah. Diselitkan juga dengan soalan mengenai tangkapan mahasiswa yang terlibat kes conteng dinding dan tangkapan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dalam kawasan UM.

Majlis makan tengahari melengkap majlis perasmian pada hari tersebut. Dato' Seri Khaled tidak dapat terlibat sama kerana tergesa-gesa ke majlis mesyuarat untuk PTPTN.

Thursday, June 11, 2009

MANOHARA DEMO DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA DI INDONESIA

Manohara dengan pakaian Laskar Merah Putih (LMP) melambai kepada orang ramai
suasana demonstrasi depan kedutaan Malaysia
sebahagian anggota Laskar Merah Putih (LMP)
Manohara sedang berucap

Isu hubungan Malaysia dan Indonesia semakin hangat diperkatakan. Media-media di Indonesia telah menyiarkan membicarakan isu Manohara Odelia Pinot dan Tengku Muhammad Fakhry (Tengku Temenggong Kelantan) dan juga isu Ambalat. Terbaru, Manohara dan kumpulan 'Laskar Merah Putih' (LMP) Indonesia telah mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Demonstrasi dalam cuaca hujan lebat itu, yang turut disertai ibu Manohara, Daisy Fajarina antara lain menyebut soal Ambalat dan juga TKI, tenaga kerja Indonesia yang didera oleh majikan di Malaysia. Manohara dan ibunya mengetuai kumpulan demonstrasi tersebut. Kebanyakan mereka datang dengan memakai pakaian 'Laskar Merah Putih'. Ucapan Manohara dalam perhimpunan tersebut, meminta rakyat Indonesia jangan takut dan mesti membela negara mereka. Ternyata isu ini semakin hangat dan dihangatkan oleh media di negara 'seberang'.

Pasukan Laskar Merah Putih dikatakan antara organisasi yang mengurus usaha membawa balik Manohara ke Indonesia. Pasukan ini ditubuhkan ketika isu Indonesia- Timor Timur. Media Indonesia juga turut menyiar mengenai kenyataan ancaman daripada Barisan Indonesia (Barindo) yang bersiap untuk menyerang Malaysia. Mereka juga turut menyindir Malaysia kerana pakaian tentera Malaysia daripada produk Indonesia.

Mereka seharusnya memikirkan ramai rakyat Indonesia mencari rezeki di negara kita, terutama dalam pembinaan bangunan dan pembantu rumah. Isu ini tidak sepatutnya dipanaskan oleh media Indonesia dan juga pertubuhan-pertubuhan sosial di Indonesia. Ruang perbincangan harus di utamakan. Janganlah kerana isu ini hubungan Malaysia- Indonesia tegang. Sememangnya kita mengetahui rakyat Indonesia yang mempunyai sentimen dan sensitiviti yang sangat tingi terhadap negara mereka.

Pemimpin-pemimpin kedua-dua negara mesti bijak menyelesaikan isu ini tanpa dipengaruhi emosi. Kita berharap moga isu ini dapat diselesaikan dengan baik untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. Janganlah cepat melatah, biarlah pemimpin tertinggi negara, termasuk panglima tentera yang menyelesaikan isu Ambalat. Isu Manohara- Fakhry, siasat dahulu dakwaan Manohara, jangan cepat menghukum siapa yang bersalah. Begitu juga dengan isu pekerja Indonesia.

Friday, June 5, 2009

KONVENSYEN KEBANGSAAN MPP IPTA 2009 (2)

MPMUM & TNC HEPA UM bergambar bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Untuk ruangan kali ini antara catatan & gambar-gambar sepanjang Konvensyen MPP...

Slot Bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi

Slot bersama Dato' Saifuddin Abdullah merupakan antara slot yang paling menarik sepanjang konvensyen ini. YB Dato' memulakan ucapan dengan membangkitkan soal pemurnian fungsi HEP di seluruh IPT kearah lebih akademik, seterusnya menyentuh soal road show beliau ke seluruh IPT.

Sesi soal jawab dihangatkan dengan menyentuh mengenai isu Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU), PTPTN, politik baru dan sebagainya. Selesai majlis bersama beliau, saya sempat berbincang dan meminta pandangan beliau mengenai kertas kerja saya yang bertajuk 'Revolusi Mahasiswa dan Politik Baru Malaysia'.

Malam Kebudayaan & Dinner Night

saya bersama MPP UIA & MPP USIM
dari kiri; Zaim (MPP UIA), Khirati (UM), Rasydan (UM) & Fadzil (UM)

Majlis ini lebih bersifat santai dan sekadar menenang fikiran selepas sehari berada di luar untuk khidmat masyarakat. Banyak makanan yang disediakan pada malam itu. Ketika di meja makan banyak isu yang dibincangkan bersama MPP UIA dan USIM. Berkisar mengenai tajuk pembentangan kertas kerja, isu politik kampus, gerakan mahasiswa, kebajikan mahasiswa dan sebagainya.

Khidmat Masyarakat

Dari kiri Fendi (UTM-junior sekolah), Syafeeq (YDP USM), wan (UTHM), Hisyam (UKM), shbt UTHM dan saya
semasa majlis di sekolah-khidmat masyarakat

Aktiviti khidmat masyarakat ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk berdasar kampung yang akan dilawati. Saya termasuk dalam kumpulan yang akan melawat Kampung Sungai Rambut dalam kawasan Batu Pahat. Setibanya kami disambut oleh penduduk kampung dan ketua kampung di surau kampung tersebut.

Antara aktivit yang dilakukan menanam anak pokok nangka, limau dan pinang, aktiviti sambutan hari guru di sekolah kampung tersebut, dan juga melawat tempat penternakan ikan keli dan bela kambing.

Pembentangan Kertas Kerja

kumpulan pertama membentang kertas kerja
ketika giliran saya; dari kiri, Suffi (YDP UMP), Prof. Majid (Moderator-TNC HEPA UMT), Mursyidi (YDP UiTM), Hafizul (MPP UTM) dan saya
saya sedang membentangkan kertas kerja

Saya diberi peluang untuk membentangkan kertas kerja dari skop Kepimpinan yang bertajuk 'Revolusi Mahasiswa dan Politik Baru Malaysia'. Untuk skop ini, selain saya, Suffi (YDP MPP UMP), Mursyidi (YDP MPP UiTM) dan Hafizul (wakil MPP UTM).

KONVENSYEN KEBANGSAAN MPP IPTA 2009 (1)

YDP-YDP MPP bergambar bersama Menteri Pengajian Tinggi.
Saya (barisan depan, ke-6 dari kanan)

suasana semasa konvensyen
Ketika majlis berlangsung

Salam perjuangan dan salam perpaduan kepada teman-teman...

Ruangan kali ini sekadar perkongsian bermanfaat dengan rakan-rakan dan mahasiswa UM khususnya. Konvensyen Kebangsaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) IPTA 2009 telah diadakan pada 15 Mei hingga 19 Mei yang lalu. Konvensyen kali ini diadakan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Batu Pahat, Johor.

Peserta ini melibatkan MPP 20 buah IPTA dan beberapa buah IPTS di Malaysia. Bertemakan " Mahasiswa Teras Pembangunan Modal Insan Cemerlang", konvensyen kali ini diharapkan mampu memberikan manfaat kepaada MPP dan juga kepada kebajikan mahasiswa semua universiti Malaysia. Ianya dianjurkan oleh Majlis Kepimpinan Latihan Universiti-universiti Malaysia (MAKLUM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) danUTHM.

Antara aktiviti-aktiviti yang disusun sepanjang konvensyen ini, Majlis Perasmian oleh Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, slot bersama Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Saifuddin Abdullah, pembentan kertas kerja oleh MPP yang terpilih, khidmat masyarakat serta banyak lagi.

Saturday, May 23, 2009

CROSS TALK: STUDENT ACTIVISM, THEN AND NOW

* NST terbitan 16hb Mei 2009 (Sabtu): sila klik untuk rujukan

Mohd Ridzuan Mohammad (left) and Hishamuddin Rais prior to sharing their views on student activism of the past and present.
Mohd Ridzuan Mohammad (left) and Hishamuddin Rais prior to sharing their views on student activism of the past and present.

Some 35 years separate them. Hishamuddin Rais was president of the Universiti of Malaya in 1974 and Mohd Ridzuan Mohammad is the present president. With ARMAN AHMAD sitting in, the ex-president, often portrayed as a rabble-rouser, and the current president, a young man with ‘progressive ideas’, talk about the of the Universities and University Colleges Act 1971 and student activism in the country


Hishamuddin Rais, 58, the president of the Universiti Malaya student union in 1974, was arrested for leading a number of student demonstrations. He went into self-exile for 20 years, journeying through 30 countries, including Lebanon, Jordan, Iraq, Australia and Pakistan. He now contributes to a newspaper column and writes film scripts.
Hishamuddin Rais, 58, the president of the Universiti Malaya student union in 1974, was arrested for leading a number of student demonstrations. He went into self-exile for 20 years, journeying through 30 countries, including Lebanon, Jordan, Iraq, Australia and Pakistan. He now contributes to a newspaper column and writes film scripts.
Islamic studies scholar Mohd Ridzuan Mohammad, 23, is currently head of the Universiti Malaya student representative council and chairman of the national student representative council. He is also the former chairman of the University Students’ Movement to Abolish the Universities and University Colleges Act.
Islamic studies scholar Mohd Ridzuan Mohammad, 23, is currently head of the Universiti Malaya student representative council and chairman of the national student representative council. He is also the former chairman of the University Students’ Movement to Abolish the Universities and University Colleges Act.
THE 'FREE' DAYS

Hishamuddin:
There is a misconception that student activism began in Universiti Malaya in the 1970s. Student activism can be traced to the 1950s.

During that time, at the University of Malaya in Singapore, student activism had already taken root. Students there were criticising the British occupation of Malaya.

In the 1960s, student activism was intense in Universiti Malaya (as the university in Malaya was known when the University of Malaya was split into two divisions) in Kuala Lumpur.

I became the 17th president of Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM student union) in 1974. When I became the president, UM was still an autonomous body.

It wasn't just the academic institutions that were free at the time. Many other institutions in the country were free and autonomous, including the newspapers.

At the time, comments made by student leaders were reported in the newspapers. Student leaders had the courage to speak up.

Ridzuan: Since the introduction of the Universities and University Colleges Act almost 40 years ago, we have seen a gradual decline in student activism because many of the student leaders are afraid. Students have also been arrested under the Internal Security Act.

Last August, we organised a peaceful protest at the entrance of the Parliament building, calling for the abolition of the act.

We lay on the road in front of Parliament to protest against the proposed amendments. There have been a number of amendments to this act over the years but we believe all of them, including the latest amendments, were to appease certain groups and would not benefit students.

They are cosmetic in nature and do not affect the act which restricts student activism. The act does not benefit students in any way.

Hishamuddin: Although the act already existed when I became the student union president, we just ignored it.

Those days, we had our own funds to operate. There were 10,000 students and each student paid an annual fee of RM24, which meant each year, the student union would have RM240,000 in its coffers.

Our student union was the richest in Southeast Asia at that time. We had three buses to provide free transportation to students, a van, a motorcycle and a newspaper. I had 17 staff, including a driver, several clerks, a tukang sapu (sweeper) and other workers.

Because we had our own finances, we were an autonomous body in our own right. We organised our own events and programmes.

Ridzuan: Our accounts today are held by the Student Affairs Department of the university.

Students are not allowed to collect funds. We have difficulty in organising certain events because of this. There are many obstacles to overcome. When we contested, we had pledged the RM600 that is paid as my allowance as well as the allowances of the supreme council members would be contributed towards the students' needs. But these allowances have now been blocked.

HAMID TUAH

Hishamuddin: It is sad to see that after more than 30 years of the existence of the act, the student movement has suffered such a decline. In those days, the student movement spoke up on issues involving the rights of the people.

I remember in August 1967 when a landless farmer, Hamid Tuah, and his followers opened up land for agriculture and settlement in Teluk Gong.

(About 530 farmers had planted vegetables and built settlements on a 1,000-acre plot. In September, the government gave them a week's notice to vacate the land.)

Hamid was detained under the ISA. The student union spoke out against the detention.

There were numerous other incidents where the student unions were very vocal on issues involving the society at large, the most well-known being the Baling incident.

(The price of rubber fell drastically in 1974 and the situation, made worse by creeping inflation, saw farmers and rubber smallholders struggling. More than 20,000 peasant farmers demonstrated in Baling, Kedah, on Dec 1. Two days later, students joined in to support them with a big rally at the Selangor Club padang -- Dataran Merdeka -- in Kuala Lumpur. There was a crackdown on student leaders and Hishamuddin fled the country.)

The student movement reached its pinnacle in 1969. In that year, the students started getting involved in the election. They campaigned around the country and created manifestos.

(A total of 13 gatherings were held, attended by about 100,000 people.)

But it wasn't aligned to the coalition or opposition group. They wanted to educate the people through forums and talks.

Their efforts were perhaps part of the reason for the surprising outcome of the 1969 election that eventually led to the passing of the university act.

OUTSIDE INTERFERENCE

Ridzuan:We are working towards the abolition of the act. We have to admit that this seems a remote possibility at this time.

It is unfortunate that the government should think that the student bodies will be on the offensive the moment the act is repealed.

There are also other issues that need to be put right. Over the years, there has been a history of interference by political parties in Universiti Malaya's student politics.

Some political parties have exerted their influence on the student bodies. However, the situation is changing for the better and we have a vice-chancellor who is not politically affiliated or motivated.

Hishamuddin: Yes, in the past few years, some undergraduates have become a "part" of political parties .

If they are "stooges" of Pakatan Rakyat or Barisan Nasional and just spout the views of these parties, they are not held in any regard by the students. It sure is good when there are students who are non-partisan and dare to speak the truth.

Ridzuan: We do not have political ties with any political parties outside the campus although some people have claimed that because most of our manifestos seem similar to the opposition, we must be linked to the opposition. But the truth is, we are truly non-partisan.

However, this has not always been the case at Universiti Malaya. For the past few years, groups who have clear links with mainstream political parties have held the student union leadership.

After boycotting the 2003 election, the "progressive-thinking" seniors contested again and lost between 2004 and 2007.

We attribute our win this year to the changing political climate in the March 2008 election. The changing political climate seemed to have affected the students as well those who wanted change. We hope to see more positive changes in the future.

Friday, May 22, 2009

REVOLUSI MAHASISWA & POLITIK BARU MALAYSIA



* KERTAS KERJA INI DIBENTANGKAN SEMASA KONVENSYEN KEBANGSAAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) 2009 DI UNIVERSITI TUN HUSSAIN ONN MALAYSIA (UTHM) PADA 15-20hb MEI 2009

ABSTRACT
This paper was carried out to expound around issues on leadership’s revolution and New-Politics of Malaysia according student’s perspective. The studied focus on the leadership and its contribution that has been done by the students of University of Malaya from many aspects such to maintain the beauty of democracy-liberal-relative until Malaysian Neo-Politic in Malaysia nowadays. Through out this paper, we will explore how effective the University Malaya student’s revolusioner in encouraging the new Malaysian political culture. [mahasiswa, politik baru, revolusi, new politic]

Pendahuluan

Dalam siri-siri wacana kemahasiswaan Malaysia, istilah “revolusi” hampir tidak ditemukan. Berbeza oleh “evolusi” yang merujuk kepada proses pembentukan atau perubahan secara beransur-ansur. Revolusi pula menghasilkan perubahan secara cepat dan mendadak. Revolusi yang sebenar berpunca oleh perubahan asas pemikiran dan sistem yang mendasari sesuatu. Revolusi terjadi ekoran perencanaan dan dan tindakan segelintir individu/kepemimpinan ke arah perubahan tersebut.

Begitu juga dengan ‘politik baru’. Terminologi politik baru jua sudah lama dibincangkan secara sedar atau sebaliknya oleh kaum pemikir sebelum ini. ‘Politik Baru’ terhasil ekoran wujudnya permusuhan antara amalan berpolitik generasi baru yang mungkin mahasiswa sendiri dan kepemimpinan atau amalan politik yang sedia ada – sehingga disebut-sebut sebagai ‘politik baru’.

Oleh kerana Malaysia sendiri secara tabi’enya mengalami pelbagai perubahan – dari era kesultanan Melayu-Islam pada kolonialisme; kemudiannya era kemerdekaan sehinggalah era demokrasi liberal retatif sekarang ini; maka sudah tentu paradigma dan budaya kepolitikan masyarakat di dalamnya juga berubah-ubah.

Kepemimpinan mahasiswa Malaysia juga begitu; tidak terlepas dari menempuhi perubahan-perubahan tersebut yang akhirnya dirumuskan sebagai ‘politik baru’ dalam satu-satu periodisasi massa.Dalam kertas kerja ini, Penulis akan mengupas persoalan kepemimpinan mahasiswa sehinggalah budaya ‘politik baru’ sedang wujud belakangan ini.

REVOLUSI KEPEMIMPINAN DAN BENTUK-BENTUK ‘POLITIK BARU’

Sejak era kolonialisme sehingga era demokrasi berparlimen, sama ada suka atau tidak, telah banyak mengubah warna pemikiran dan rentak sikap kepemimpinan mahasiswa Malaysia sendiri. Boleh jadi bukan sahaja mahasiswa tidak wujud, malah mungkin tidak berperanan sejak awal era kemerdekaan negara, sekiranya tidak ada institusi pengajian tinggi tempatan sendiri.
Kalau boleh dikongsi tentang sejarah kepemimpinan mahasiswa di Malaysia sendiri, Universiti Malaya di Singapura (kini dikenali Universiti Kebangsaan Singapura) adalah antara pentas awal yang menyaksikan aksi revolusi kepemimpinan dan banyak mewarnai lanskap politik Malaysia akhirnya.

Era 1950an sehingga pertengahan era 1960an menyaksikan kepemimpinan mahasiswa banyak dipengaruhi oleh idea anti-kolonialisme. Kelab Sosialis Universiti Malaya (KSUM) merupakan antara kelompok pendesak (pressure group) yang lantang berdepan dengan pemerintah.
Bukan tidak ada pertubuhan lain di Universiti. Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UMSU), Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) telah ada.

Namun, yang menarik – kelantangan KSUM tersebut tidak disemak imbang oleh pertubuhan-pertubuhan lain secara serius dan konsistan. Akhirnya, KSUM dilihat dominan pada jendela ukur politik pemerintah walaupun sebenarnya KSUM hanya dianggotai oleh sebilangan kecil sahaja mahasiswa.

Dari segi lain, kelompok itu turut dilihat berpegang kuat dengan idea faham sosialisme sebagaimana beberapa parti politik pada waktu itu. Akhirnya, kelompok itu turut dilabelkan anti-establishment atau dalam ungkapan semasa kini – agen/pro pembangkang.
Hakikat itu turut diakui sendiri beberapa ahli sarjana falsafah di Universiti Malaya sendiri. Menurut Prof. Emeritius Dr. Khoo Kay Kim (2005), perkembangan idea sosialis dalam kalangan mahasiswa pada ketika itu bertitik-tolak pada penentangan kuasa-kuasa kolonial di peringkat Malaysia sejak sebelum merdeka lagi. Malayan Democratic Union (MDU) (1945) , Pan-Malayan Labour Party (1952) dan Malaya Indian Congres (MIC) (1946) dilihat antara beberapa parti politik awal yang menggerakkan idea tersebut.

Selepas era tersebut, revolusi mahasiswa lebih terarus oleh nasionalisme Melayu dan kemudiannya nasionalisme Melayu-Islam.
PBMUM dilihat sebagai pemain utama pergerakan ketika itu kerana majoriti penuntut Universiti lebih cenderung pada pertubuhan itu.

Menurut Prof. Dr. Mohammad Abu Bakar, fenomena itu berlaku ekoran kebanjiran masuk etnik Melayu-Islam bermula pada tahun 1962; di mana mereka ini telahpun melihat sendiri kemunduran ummat ketika menjadi pendidik di peringkat sekolah rendah dan menengah.
Dari tahun 1965 sehinggalah tahun 1974, demontrasi Papan Tanda sehinggalah beberapa konvensyen kebudayaan nasional, bahasa Melayu dan kemiskinan rakyat merupakan antara respon mahasiswa terhadap sikap-sikap pemerintah.

Aksi-aksi ini jugalah menjadi pemangkin (catalyst) pada wujudnya Akta Bahasa Kebangsaan (1963, pindaan 1967/71); Dasar Kebudayaan Nasional (1967) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudiannya di peringkat nasional.

Sesuatu yang menarik, walaupun revolusi mahasiswa terarus oleh idea faham nasionalisme Melayu, namun mereka tetap tidak bersekongkol dengan kaum pemerintah yang secara asasnya menganut kepercayaan yang sama.

Banyak penulis menggambarkan bahawa revolusi gerakan mahasiswa Islam yang berlaku di Universiti Kabul, Afghanistan bermula pada tahun 1972 dan kemudiannya revolusi Islam di Iran
pada 1979 banyak mewarnai pergerakan mahasiswa di Malaysia.

Di kebanyakan kampus utama turut mengalami fenomena yang sama – iaitu lahirnya ‘Islamic Group’. Di Universiti Malaya sendiri, antara Sdr. Siddiq Fadhil melalui PMIUM merupakan antara pemain utama yang sedaya upaya membawa mahasiswa Islam keluar dari idea faham nasionalis-Islamic kepada idea faham Islam yang hakiki.

Tanpa menafikan kewujudkan kepemimpinan mahasiswa nasionalis-Melayu dan sebagainya, menjaukau sedekad juga didapati idea faham Islam berkembang subur dan bernadi dalam gerakan mahasiswa di Malaysia.

Isu hak asasi, politik kepartaian, perundangan, autonomi serta kebejatan nilai mewarnai pergerakan mahasiswa. Pelbagai aksi revolusi boleh dilihat dalam pergerakan mahasiswa secara sedar atau tidak.

Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (kini Se-Malaysia / GAMIS), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GPMS) merupakan antara pemain penting yang mewarnai gerakan pada waktu itu.
Masing-masing lebih mementingkan soal keluhuran semula nilai keadilan dalam negara. Masing-masing lebih mementingkan peranan generasi mahasiswa dan anak muda secara amnya untuk merobah nilai pemerintahan yang dilihat tidak selari dengan naluri mereka.

Akhirnya, didapati seolah-olah wujudnya asimilasi idea faham antara pertubuhan-pertubuhan mahasiswa yang plural itu. Soal keagamaan, status quo Melayu nasional, etniksiti bukan lagi menjadi halangan utama untuk masing-masing perperanan secara kolektif dan sepadu.

KAREKTORISTIK MAHASISWA DAN WAJAH POLITIK BARU MALAYSIA

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa kepemimpinan mahasiswa serta aksi revolusi masing-masing sekarang ini banyak dipengaruhi oleh suatu kepercayaan baru; yang kalau boleh disebut-sebut sebagai demokrasi liberal relatif.

Kepercayaan baru ini boleh dilihat sendiri secara langsung dalam kepemimpinan mahasiswa dan boleh juga dilihat secara simplistik dalam wajah pemikiran rakyat muda Malaysia. Apa sebenarnya kepercayaan demokrasi liberal relatif yang dituntaskan sebagai wajah politik baru Malaysia?

Berdasarkan pada observarsi rawak Penulis, antara karektoristik pemimpin-pemimpin mahasiswa nasional dan dogma rakyat muda yang sedang wujud secara revolusi dan tabi’e belakangan ini adalah:-

1. menganut idea faham politic of hope hatta dengan tersendirinya memusuhi politic of fear ciptaan pemerintah. Contoh, penyalahgunaan AUKU, ISA dll; ugutan, fitnah dan penindasan.

2. Kepemimpinan yang mempunyai kebolehan mengakses dan mengupaya dunia maklumat secara bebas, cepat dan sahih. Contoh, budaya blog, website, portal, flyers, akhbar dll.

3. Kepemimpinan yang mengamalkan politik budiman, jauhari, integriti; hatta menolak politik lama amalan pemerintah – perkauman sempit, Governence always know-all, politik wang (rasuah) dll.

4. Kepemimpinan yang tidak mahu diikat dengan mana-mana fraksi kekuasaan, parti-parti politik (sama ada pemerintah atau oposisis), namun mahu menyertai politik nasional dalam rupa perayaan demokrasi dan hak asasi semata-mata.

5. Kepemimpinan yang menganggap menjadi mahasiswa di Universiti sebagai profesyen profesional, popular dan eksklusif; hatta menganggap pihak-pihak yang mengamalkan ‘politik kekuasaan’ (politic of power) sebagai musuh atau pesaing mereka.

Bertitik-tolak pada beberapa karektoristik di atas inilah, maka kaum pemerintah harus mencermati akar-akar revolusi yang sedang digemblingkan dalam kepemimpinan dan fikrah mahsiswa; bukan asyik dalam konseptual ‘lama’ – mahasiswa adalah agen pembangkang.

Aksi-aksi mahasiswa adalah natijah semata-mata. Kelahiran Parti Mahasiswa Negara (PMN) yang mengambil keputusan nekad umpamanya – mencabar bekas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi di Parlimen Kepala Batas dalam pilihanraya umum ke-12 lepas – malah mengkritik sikap-sikap ‘politik lama’ yang wujud dan segar dalam parti-parti oposisi (PAS, PKR dan DAP sendiri); seharusnya menuntut kaum pemerintah mengenal pasti apakah akar-akar permasalah serta revolusi mental yang harus dipacu bersama.

Kesimpulannya

Penulis secara peribadi yakin, kepercayaan demokrasi liberal relatif adalah sesuatu yang perlu dan benar menurut al-Quran sendiri. Sesungguhnya kepercayaan ini telah lama disinggungkan Allah di dalam al-Quran. Firman Allah s.w.t:

Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebagian manusia dengan sebagian yang lain, tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan mesjid-mesjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.

Tanpa menafikan peranan dan kebaikan yang dilakukan oleh pemerintah dan pemimpin-pemimpin parti politik, Penulis menyeru semua pihak untuk menggalakkan al-Isti’mar atau kemakmuran (11:61), al-Istiklaf atau urus tadbir baik (24:55).

Renungkanlah kata-kata Bapak Mohamad Natsir, seorang tokoh cendikiawan Islam Nusantara yang hidup sezaman dengan Sukarno dan Hamka;

“ Bisa ada percetakan yang mampu mencetak mencetak pemimpin, pemimpin tidak lahir di bilik-bilik kuliah dan tutorial, tetapi tumbuh dari hempas pulas kancah, muncul di tengah-tengah pengumpulan masalah, menonjol di kalangan rakan-rakan seangkatan, lalu diangkat dan dijulang oleh ummat”

Wallahu ‘alam.

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2009

Perlawanan akhir piala FA 2009: KEL vs SEL

Pada 25 April lalu, saya sempat meluangkan masa untuk menonton perlawanan akhir piala FA di Stadium Bukit Jalil. Perlawanan antara pasukan negeri saya, Kelantan, sekarang di kenali sebagai 'The Red Warriors' menentang pasukan Selangor.

Kemeriahan perlawanan akhir tersebut sudah mula dirasai bermula pukul 11 pagi lagi. Kehadiran penyokong pasukan Kelantan dari Kota Bharu, yang berada di Lembah Klang dan tempat-tempat lain.

latihan pasukan Kelantan sebelum perlawanan bermula

Tempat duduk tingkat pertama dan kedua sudah penuh sejak dari awal lagi. Terfikir juga di fikiran saya, mungkin yang datang dari jauh, mereka sudah solat jamak. Pasukan polis dari pelbagai unit sudah bersiap sedia dari pagi lagi, samada pasukan berkuda, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan polis biasa. Apa yang menarik semasa solat Maghrib, yang menjadi imam ialah seorang polis FRU.

Gelombang sorakan pasukan 'The Red Warriors'
puluhan ribu penyokong yang hadir
persembahan oleh penaja iaitu TM bagi upacara pembukaankedua-dua pasukan diperkenal kepada tetamu kehormat

Sebelum perlawanan bermula penyokong kedua-dua pasukan mula bertempur dengan sorakan semangat pasukan masing-masing. Upacara pembukaan oleh penaja iaitu TM. Perlawanan Kelantan dan Selangor sangat sengit. Tamat 90 minit perlawanan keputusan masih lagi 0-0.

Beberapa minit bermula masa tambahan, pasukan Selangor dikejutkan dengan jaringan pertama pasukan Kelantan oleh Nor Farhan. Namun aksi sambil lewa dan leka pasukan Kelantan selepas jaringan tersebut, nyata memberi peluang kepada Amri Yahyah untuk menjaringkan gol penyamaan bagi pasukan Selangor.

Tamat masa tambahan, kedua-dua pasukan masih lagi terikat 1-1. Sepakan panalti menjadi penentuan. Nyata pengalaman memberi kelebihan kepada pasukan Selangor, menang 4-1. Hanya Ezrie Syafizi yang berjaya menjaringkan gol, Indra, Rizal gagal menyempurnakan sepakan panalti.

Antara yang hadir perlawanan tersebut, Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang), Dato' Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia & Sukan), Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor), Tengku Temenggong Kelantan & Isteri (Manohara), Tan Sri Anuar Musa (Pres KAFA), Exco Belia & Sukan Kelantan (YB Patah Mahmood) serta beberapa lagi ahli politik dan pemimpin badan sukan.

Sunday, March 29, 2009

MENG'ILMU'KAN POLITIK MALAYSIA

Tindakan pemimpin kini yang dikatakan suka menggunakan politik wang untuk memancing pengundi juga mengunakan taktik kotor lain untuk menjatuhkan antara satu sama lain adalah satu perbuatan yang tidak bermaruah.

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) berharap satu perubahan akan berlaku menjelang pemilihan UMNO dan pilihanraya kecil Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai 7 April nanti. Berikutan itu MPMUM bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang meminta agar menghentikan taktik kotor menjatuhkan lawan.

Kami di peringkat mahasiswa sama sekali tidak bersetuju dengan taktik kotor untuk kepentingan individu. Menggunakan wang misalnya atau gejala fitnah-memfitnah bagi tujuan memancing pengundi atau menjatuhkan antara satu sama lain hanya akan merugikan individu terbabit dan merugikan rakyat secara tidak langsung hanya akan memberi impak yang negatif kepada negara.

Pemimpin hari ini seharusnya menjadi qudwah kepada kepimpinan akan datang. Pembudayaan politik yang bermaruah akan menjadi kayu ukur kepada tahap kemajuan dan pembangunan negara. Dalam usaha kita melahirkan politik yang bebas dari taktik kotor seperti yang diminta Perdana Menteri, salah satu perkara penting yang patut diutamakan adalah pembudayaan ilmu.

Kita mahu melahirkan pemimpin yang mempunyai tahap profesionalisme serta tahap integriti yang tinggi bukan pemimpin yang kurang berpendirian intelek. Kita mahukan sistem politik yang lebih matang berlandaskan politik ilmu bukan politik yang hanya berjejak pada landasan kuasa dan pengaruh semata-mata.

Ilmu adalah asas kepada tindak tanduk profesional. Kepakaran terhadap sesuatu bidang hanya akan dapat diperolehi dengan ilmu. Oleh itu, ahli politik yang memegang sesuatu agensi dalam kerajaan perlu mempunyai kepakaran dalam bidang tersebut untuk menghasilkan idealisme dan corak politik yang profesional.

Penghasilan politik ilmu akan memandu hala tuju politik negara ke arah sistem yang lebih bermaruah. Kita percaya bahkan sudah terbukti bahawa negara kita berupaya menghasilkan ilmuan-ilmuan yang namanya setaraf dipersada antarabangsa. Profesor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid misalnya, seorang pemimpin yang mempunyai tahap intelektual yang tinggi dan mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang ekonomi, malah pencapaiannya mendapat pengiktirafan negara juga dunia.

Adalah lebih baik sekiranya orang seperti beliau dilantik untuk memegang agensi ekonomi dalam tampuk kepimpinan negara. Hanya beliau tidak penah diberi peluang berkhidmat di arena politik sebenar Malaysia.

Justeru kami diperingkat mahasiswa berpendirian, kita seharusnya mampu menghasilkan satu perubahan dalam corak kepimpinan negara kerana kami berpendapat apa yang dikatakan politik ilmu akan mematangkan sistem politik Malaysia yang sedia ada.


Tuesday, February 24, 2009

Mahasiswa Harap Bajet Mini Bantut Kemelesetan Ekonomi


Mahasiswa Harap Bajet Mini Bantut Kemelesetan Ekonomi
Mahasiswa mengalu-alukan bajet mini yang bakal dibentangkan 10 Mac nanti  sekiranya memberi faedah kepada rakyat. Mahasiswa mengharapkan bajet mini yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dalam sidang parlimen nanti  adalah satu langkah yang baik dalam usaha mengawal kemelesetan ekonomi yang melanda negara mutakhir ini.
Pertumbuhan ekonomi negara yang pada asalnya dijangka tumbuh pada kadar 3.5 peratus diramal akan berkurangan jauh di bawah jangkaan. Sehingga kini sejak 1 November 2008 sehingga 3 Februari lalu pembuangan pekerja membabitkan seramai 11,595 orang. Manakala pemberhentian sukarela seramai 2752 orang pekerja. Angka ini dijangka akan bertambah sekiranya ekonomi Malaysia semakin parah. Melihat kepada keadaan ini, kerajaan perlu memikirkan langkah yang lebih sistematik dan berkesan bagi mengelakkan rakyat terus menjadi mangsa.

Walaubagaimanapun kami melihat rakyat perlu diberi pendedahan awal yang lebih terperinci mengenai bajet mini kerana rakyat berhak menjadi pengkritik dan penasihat kepada kerajaan dalam apa jua tindakan yang bakal diambil. Sehingga kini, kita masih menunggu-nunggu penjelasan yang lebih terperinci mengenai bajet mini sebelum bajet ini dibentangkan 10 Mei nanti.
Kami juga bersetuju dengan MTUC berkaitan cadangan mereka agar gaji menteri dan majikan sektor swasta juga perlu dipotong. Tindakan memotong gaji mereka sebenarnya adalah tindakan yang sangat bijak kerana ini bukan sahaja membuktikan kreadebiliti menteri-menteri kita tetapi juga membuktikan kesamarataan dalam sistem pentadbiran negara. Kami percaya sekiranya gaji menteri-menteri dan majikan sektor swasta turut dipotong akan membantu membantutkan kemelesetan ekonomi yang melanda negara seterusnya membantu membenteras gejala rasuah dikalangan menteri-menteri dan sektor swasta.
Kami juga menyeru kepada semua mahasiswa agar lebih peka dan bersama membantu kerajaan menangani kemelesetan ekonomi. Mahasiswa perlu lebih komited dan cakna terhadap permasalahan negara seterusnya menjadi penasihat utama kepada kerajaan bukan hanya menjadi pemerhati.
MOHD RIDZUAN BIN MOHAMMAD
Yang Dipertua,
Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya,
Sesi 2008/09.

Monday, January 5, 2009

KONGRES PRO-MAHASISWA NASIONAL BERJAYA!

Shah Alam, 3 Jan - Kongres Pro Mahasiswa Nasional petang tadi telah berjaya menghimpunkan lebih 200 aktivis-aktivis mahasiswa dari pelbagai kampus.

Kongres tersebut yang diadakan di kawasan perindustrian Glenmarie, Shah Alam telah menjadi medan aktivis mahasiswa berjumpa dan berkongsi idea serta menyatakan pandangan dalam memperjuangkan suara mahasiswa di peringkat kampus dan nasional.

dsc_0303.JPGKongres tersebut bermula pada sesi pagi dengan ucapan dari bekas aktivis mahasiswa, saudara Ramadhan Fitri Illias.

Manakala pada sebelah petang, diisi dengan forum yang menampilkan ahli panelnya iaitu Saudara Mohd Nazree Mohd Yunus, Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda (INSKA) merangkap Timbalan Pengerusi GERAK Malaysia, saudara Mior Isfandy bin Mior Azizan, bekas aktivis mahasiswa dan saudara S. Arutchelvan, Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Forum dipengerusikan oleh saudara Faridzul Nasaruddin, jurucakap Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA).

Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, saudara Norazali Zainuddin ketika ditemuramah menyatakan rasa puas hati beliau dengan semangat dan komitmen yang ditunjukkan oleh seluruh aktivis yang hadir dalam program yang berlangsung bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang tersebut.

“Secara keseluruhannya, dengan semangat jitu yang ditunjukkan oleh seluruh aktivis dalam kongres ini, saya yakin Pro Mahasiswa akan beroleh kemenangan dalam Pilihanraya Kampus akan datang,” ujar beliau.

dsc_0362.JPGBeliau juga telah mengumumkan Pro Mahasiswa seluruh Malaysia akan bertanding dan tidak akan berganjak dengan pendirian tersebut.

“Di peringkat Pro Mahasiswa Nasional, kami mengambil keputusan untuk tetap bertanding dalam pilihanraya kampus akan datang, tidak ada pengecualian bagi semua kampus,”ujar beliau lagi.

Pilihanraya kampus yang dijadualkan secara kasar dalam masa terdekat menyaksikan seluruh aktivis mahasiswa Malaysia bertungkus-lumus dalam usaha berkempen dan memulakan gerak kerja mereka sejak beberapa minggu lalu setelah tempoh cuti yang lama.-mahasiswakini

Monday, December 29, 2008

PERJUMPAAN PMIUM, PKPIM & NUSMS

Pimpinan-pimpinan PMIUM, PKPIM dan NUSMS bergambar
Semasa sesi perbincangan
Bertukar cenderamata
Sdr. Hasanul sedang melontarkan pandangan

Perjumpaan Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan National University of Singapore's Muslim Society (NUSMS) telah diadakan pada pukul 9 malam ini (28 Disember 2008) di Universiti Malaya. Dahulu NUSMS hanya menghantar Bendahari Agungnya, Sdri Nani Iryani untuk berjumpa dengan pimpinan PMIUM.

Perjumpaan membincangkan beberapa perkara penting yang melibatkan gerak kerja Islam itu telah berjalan dengan lancar. PMIUM diketuai oleh Yang Di Pertua (YDP) PMIUM, Sdr. Mohamad Haafizuddin Abirerah, NUSMS diketuai oleh Sdr. Muhammad Hasanul Ariffin Zawawi dan PKPIM oleh Sdr. Faisal Abd Aziz. Terlibat sama dalam perjumpaan ini Timbalan Presiden I Fellowship of Muslim Students Association (FMSA), Sdr. Md. Hairudin Abd Hamid. NUSMS hadir ke Malaysia selama tiga hari bermula hari ini. Dengan adanya perjumpaan ini diharapkan hubungan PMIUM, PKPIM dan NUSMS semakin kukuh dalam persaudaraan Islam.

Thursday, December 11, 2008

SIDANG MEDIA AUKU DI PARLIMEN

Depan dari kiri; Vinod, Yee Keong dan saya
belakang dari kiri; Yong Jing, MP Klang, MP Bukit Bendera & MP Batu
Semasa sidang media
Berbincang dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang AUKU

Tengahari tadi (12.30tghr-11 Oktober 2008) saya dan beberapa orang rakan daripada Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) telah mengadakan sidang media berkaitan pindaan AUKU yang sedang dibincangkan dalam Dewan Parlimen.

Pendirian yang dikeluarkan oleh kami dari GMMA, menolak pindaan AUKU ini yang lebih bersifat kosmetik dan mencadangkan supaya jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji akta ini.

Antara yang hadir selain saya, Yee Keong, Yong Jing, Kaa, Ti Ooi dan Vinod. Beberapa ahli parlimen juga turut hadir semasa sidang media dijalankan antaranya YB Tian Chua (MP Batu), YB Nurul Izzah (MP Lembah Pantai), YB Yusmasi Yusoff (MP Balik Pulau), YB Charles Santiago (MP Klang), YB Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar), YB Liew Chin Tong (MP Bukit Bendera). Dato' Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa berjumpa dan bertanya beberapa perkara mengenai GMMA dalam isu AUKU.

Ahli-ahli parlimen ini hadir untuk memberikan sokongan terhadap pendirian GMMA dalam isu pindaan AUKU. Isu pindaan AUKU begitu hangat dibahaskan dalam Dewan Rakyat pada hari ini, antara yang mengambil bahagian untuk berucap isu ini Ketua Pembangkang sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Selain Dato' Seri Anwar, beberapa lagi ahli parlimen turut mencelah dalam perbahasan ini, YB Dr. Lo' Lo' Mohammad Ghazali (MP Titiwangsa), YB Fong Po Kuan (MP Batu Gajah), dan YB Liew Chin Tong (MP Bukit Bendera) daripada Pakatan Rakyat.

Ahli parlimen Barisan Nasional yang bangun untuk membahas isu ini antaranya, YB Datuk Bung Mukhtar Radin (MP-Kinabatangan) dan YB Dato' Tajuddin Abd Rahman (MP Pasir Salak). YB Pasir Salak telah melabelkan golongan mahasiswa sebagai golongan 'pemalas' dan tidak mengikuti isu-isu semasa.

Label yang diberikan tanpa bukti yang kukuh itu telah menimbulkan kemarahan beberapa ahli parlimen. Saya sendiri sebagai mahasiswa telah membangkitkan perkara ini semasa sidang media GMMA dan menggesa beliau menarik balik serta memohon maaf kepada mahasiswa.
Add Image

Monday, December 8, 2008

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI BUKIT ANTARABANGSA

Pandangan dari udara
Kesan tragedi yang sungguh dahsyat
Muhasabah buat kita semua

Ketika umat Islam menanti ketibaan Hari Raya Aidiladha, kita dikejutkan dengan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang jam 4 pagi semalam (7 Disember 2008). Tahun ini sahaja saya sempat melihat 2 kawasan kejadian tanah runtuh yang serius tetapi tidak melibatkan nyawa iaitu di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya pada 20 Oktober lalu dan terbaru (4 Disember) di kawasan bangunan CIMB jalan Semantan, Pusat Bandar Damansara.

Dalam kejadian di Bukit Antarabangsa ini, 4 orang sudah disahkan meninggal dunia dan seorang masih lagi hilang. 14 buah banglo di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama tertimbus. Kejadian itu juga menyebabkan jalan utama ke kawasan perumahan terbabit terputus dan beratus-ratus orang terperangkap di Bukit Antarabangsa. Bagi memastikan keselamatan penduduk, 3000 hingga 5000 penduduk kawasan terbabit diarah berpindah.

Negara kita pernah digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di apartmen Highland Towers pada 11 Disember 1993 yang mengorbankan 48 nyawa. Dalam minggu ini tiga kejadian tanah runtuh yang berlaku, bangunan CIMB jalan Semantan, Pusat Bandar Damansara yang menyebabkan 11 kereta tertimbus. Kedua, 30 November lalu dua beradik maut selepas tertimbus dalam runtuhan banglo setingkat di Ulu Yam Perdana, Kuala Kubu Baru.

Berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku ini, kerajaan mestilah menghentikan semua projek pembangunan di lereng bukit supaya tragedi malang ini tidak berulang. Belajar daripada pengalaman dan hentikan semua projek yang telah diluluskan. Setiap projek yang ingin dibangunkan aspek-aspek penting seperti keselamatan, risiko dan alam sekitar mestilah diutamakan. Jangan kerana inginkan pembangunan nyawa rakyat menjadi taruhan.

Kejadian ini juga memberi peringatan kepada kita betapa hebatnya kuasa Allah SWT. Takziah kepada keluarga 4 orang mangsa yang meninggal dunia, sama-samalah kita mendoakan untuk keselamatan dan penduduk-penduduk kawasan tersebut bersabar dengan ujian ini.

Satu persoalan bermain di minda saya, bencana-bencana besar yang menimpa negara kita seperti tragedi Highland Towers pada tahun 1993, Ribut Greek di Sabah suatu ketika dahulu dan Tsunami yang berlaku di Kuala Muda, Kedah dan sebahagian Pulau Pinang berlaku pada bulan Disember? Kejadian ini juga di bulan Disember...

Monday, December 1, 2008

CATATAN PERJALANAN DI PULAU PINANG

Setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan Haafizuddin dan Fatin, kami (saya, Norazali, Faisal, Razak & Halim) mengambil kesempatan melawat Pulau Pinang sebelum pulang ke Kuala Lumpur.

atas feri (Norazali, Saya, Halim & Razak)
Pemandangan jambatan Pulau Pinang dari atas feri

Memandangkan kami terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur, kami membuat keputusan hanya melawat Fort Cornwallis sahaja. Itu pun sekejap, dalam 30 minit, sebab tempat ini tutup pukul 6 petang. Tempat ini merupakan tinggalan sejarah pemerintahan british di Tanah Melayu.
Bergambar bersama Francis Light versi melayu (Pak Cik yang jaga pintu masuk).hehe
Nampak macam askar british tak?
Berlagak seperti askar british mahu menyerang
Bergambar bersama ular sawa albinoPerjalanan pulang

Kami pulang menggunakan jambatan. Perjalanan yang menyeronokkan, tapi tidak puas sebab banyak lagi tempat tak dilawati. InsyaAllah lain kali kami datang lagi ke Pulau Mutiara yang penuh dengan tinggalan sejarah.

*
Terima kasih kepada Imad (tiada dalam gambar) kerana membenarkan kami berehat sekejap di rumahnya dan menyediakan sarapan pagi.

Tuesday, November 25, 2008

RAZAK BAGINDA NAFI DATO SERI NAJIB TERLIBAT KES ALTANTUYA

Kali ini saya cuba berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan isu Altantuya yang melibatkan pembunuhan kejam terhadap model dari Monggolia. Sebelum ini, saya tidak pernah memberikan pandangan terhadap isu ini yang dikatakan melibatkan beberapa tokoh pemimpin negara.

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan dan perkongsian apabila membaca kenyataan terbaru dari Abdul Razak Baginda, yang baru saja dibebaskan dari tuduhan bersubahat melakukan pembunuhan keatas Altantuya Shaariibu. Abdul Razak Baginda menyatakan Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur tidak terlibat dalam kes ini.

Mungkin rakan-rakan boleh meneliti kenyataan beliau disini. Bukan saya mahu menuduh Dato' Seri Najib terlibat dalam kes ini, sebab tidak ada bukti yang kukuh untuk mengatakan beliau terlibat, tetapi bagaimana Abdul Razak boleh tahu Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak terlibat? Sedangkan mahkamah dan pihak polis sendiri masih lagi menyiasat perkara ini.

Sekiranya kita menilai kenyataan Abdul Razak, iaitu menafikan pembabitan Dato' Seri Najib dalam isu ini bermakna beliau mengetahui siapa yang terlibat? Wartawan bertanya kepada Abdul Razak, Apa sebenarnya perhubungan antara anda dan Altantuya? Beliau menjawab, Dia sudah mati..cukuplah. Biarlah dia bersemadi dengan aman.

Ini sekadar pandangan saya, mungkin ada kesilapan dari sudut menilai. Apapun, saya minta rakan-rakan fikir apa yang tersirat di sebalik kenyataan beliau ini. Kita tunggu apa yang akan berlaku seterusnya dan klimaks dalam kes ini.
 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan