Showing posts with label Palestin. Show all posts
Showing posts with label Palestin. Show all posts

Monday, February 2, 2009

SANG WIRA ERDOGAN!



Disaat tentera Israel suda mula mengurangkan serangan terhadap Gaza, Ketika pemimpin-pemimpin negara Islam terutama Liga Arab dan kerajaan Mesir berdiam diri dan memejamkan mata apa yang berlaku kepada Umat Islam di Gaza. Muncul seorang pemimpin yang mempertahankan maruah umat Islam di bumi Palestin.

Recep Tayyip Erdogan bertindak berani mempertahankan umat Islam di Palestin dan juga HAMAS, dengan menyerang kembali kenyataan oleh Presiden Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia- World Economic Forum (WEF) di Davos, Switzerland. Peres mengatakan HAMAS yang menjadi punca berlaku konflik di Gaza.

Erdogan berang apabila pengerusi menyekat beliau berucap, apabila beliau hanya bercakap selama 10 minit sedangkan Peres diberi ruang untuk berucap selama 25 minit. Kemudian beliau mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut dan menegaskan tidak akan datang lagi ke Davos.

Turut serta dalam forum tersebut, selain Erdogan dan Peres, Setiausaha Agung Liga Negara Arab, Amru Mousa dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Bang Ki-Moon. Beberapa jam selepas selesai forum tersebut, Saluran Kedua TV Turki telah menyiarkan permohonan minta maaf Peres kepada Erdogan.

Tahniah kepada Erdogan! Diharapkan dengan tindakan ini akan membuka mata pemimpin-pemimpin negara Islam yang lain. Ianya lebih menarik sekiranya Erdogan bergabung dengan Mahmoud Ahminejad, presiden Iran dan juga Hugo Chavez, presiden Venezuela yang sebelum terkenal sebagai anti Israel.

Sunday, January 20, 2008

Ucapan Takziah Kepada Dr. Mahmud Zahar

Takziah saya ucapkan kepada Dr. Mahmud Zahar, Pemimpin Tertinggi Pergerakan Hamas merangkap Menteri Luar Kerajaan Palestin pimpinan Hamas di atas kematian putera beliau, Husam al-Zahar (22) dalam serangan Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza baru-baru ini. As-Syahid Husam merupakan Komandan tentera Briged al-Qassam, sayap militan Gerakan Hamas. Dalam serangan tersebut Regim Zionis Israel laknatullah telah menyerang Semenanjung Gaza menyebabkan 19 orang rakyat Palestin terkorban dan 45 orang lagi cedera. Serangan tersebut berlaku setelah selesai kunjungan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush ke Asia Barat. Kunjungan tersebut dilihat sebagai sandiwara US-Israel atas nama misi damai untuk mempermainkan Mahmoud Abbas, sedangkan pada masa yang sama terus menyerang Palestin. Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) dan ketua negara-negara Islam seharusnya serius menyelesaikan masalah yang berlaku di Palestin. Saya mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin terus sabar dan berjuang sehingga dianugerahkan kemenangan oleh Allah SWT.

Oleh: Mohd Ridzuan Mohammad

Tuesday, November 27, 2007

Serangan Al-Qassam: Rejim Israel kalah, 7 cedera

SELASA, 27/11/07 - Beit Hanun, (PIC)—Komander Rejim Israel mengakui bahawa tujuh daripada askarnya cedera di dalam serangan Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di utara Gaza. Akhbar Hebrew melaporkan bahawa tujuh orang askarnya dimasukkan ke hospital selepas menghidu gas daripada ‘bom asap’ tetapi tidak menyebut secara terperinci.

Briged Al-Qassam menyebut bahawa pejuang-pejuangnya melakukan serang hendap ke atas patrol pejalan kaki Rejim Israel berhampiran Beit Hanun (Erez) yang melintas di utara Gaza, meletupkan tiga bahan letupan berhampiran mereka dan melepaskan 2 RPG serta satu roket Battar ke atas mereka. Sumber itu menambah bahawa lima bom mortar turut dilepaskan sebelum pejuang-pejuang tersebut malarikan diri sambil mengesahkan seleruh operasi tersebut telah dirakam dan akan didedahkan kepada media tidak lama lagi.

Sayap bersenjata itu turut menambah bahawa seorang daripada komandernya, Musab Ja’bir, 23 telah syahid di dalam operasi itu selepas menembak mortar kepada kenderaan bersenjata Rejim Israel di kawasan yang sama. Sumber Al-Qassam mengatakan bahawa operasi ini memberi mesej yang jelas kepada ‘musuh Zionis dan ketua-ketua jenayah mereka yang cuba menzahirkan diri sebagai pejuang kedamaian sebelum pemimpin Arab dan Muslim dengan mengatakan bahawa bom perlu dibalas dengan bom dan darah dengan darah’.

sumber : http://www.palestine-info.com

Thursday, November 22, 2007

Palestin oh Palestin...


Bayi Palestin 6 bulan meninggal dunia selepas Israel enngan merawatnya

Khamis, 15/11/07 - GAZA-- Seorang bayi Palestin berumur enam bulan mati di Hoispital Nasr, Gaza semalam selepas Israel enggan membenarkannya menerima rawatan di tempat yang diceroboh sejak 1948 itu. Sumber perubatan berkata bayi perempuan itu mati akibat sakit buah pinggang dan tidak boleh dirawat di Semenanjung Gaza yang sedang dikepung Israel. Salah seorang saudara bayi itu berkata penutupan sempadan oleh askar Rejim Israel menyebabkan mereka tidak boleh membawa bayi tersebut ke luar untuk mendapatkan rawatan lanjut sehingga membawa kepada kematian.Kematian bayi itu bukanlah yang pertama berikutan pengepungan ketat Rejim Israel di Gaza bahkan beberapa hari dahulu seorang wanita penghidap kanser mati termasuk juga beberapa penduduk lain sebelum daripada peristiwa itu, semuanya disebabkan oleh penutupan sempadan oleh Rejim Israel dan keengganan untuk membuka laluan bagi pesakit-pesakit menerima rawatan di luar hospital-hospital Semenanjung Gaza yang sememangnya tiada kemudahan yang cukup lengkap.

penterjemah : hijjaz79"
 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan