Semalam saya dan rakan-rakan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya meneruskan roadshow MPMUM kali ini ke Kolej Kinabalu (8) dan Kolej kediaman Tun Ahmad Zaidi (10).
Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan saya tidak dapat hadir bersama rakan-rakan kepimpinan yang lain di Kolej 8. Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf atas ketidak hadiran saya. Berdasarkan laporan yang saya terima, sambutan penghuni Kolej Kediaman ke-8 tidak kurang hebatnya berbanding kolej-kolej yang lain sebelum ini. Antara isu yang banyak diutarakan adalah mengenai perkhidmatan bas dan yuran kolej yang mahal.
Apa yang lebih membanggakan, roadshow kami di Kolej 10 disambut meriah oleh Presiden Kolej tersebut iaitu Saudari Diana juga penghuni Kolej 10. Pelbagai persoalan dan permasalahan yang diajukan menghangatkan Lobi kolej tersebut. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh penghuni Kolej 10 yang menghadiri majlis semalam kerana suara, pendapat dan permasalahan andalah yang hendak kami dengar. Masalah yang diutarakan tidak banyak bezanya dari kolej lain, iaitu yuran kolej yang mahal, wireless dan kebajikan mahasiswa yang kurang terjaga.
Saya tidak nafikan bahawa dengan jadual akademik saya ditambah lagi dengan urusan-urusan MPMUM menjadikan waktu saya padat, tetapi roadshow ini penting untuk mendengar permasalah dan aduan anda. Jesteru saya mengharapkan partisipasi yang penuh dari semua penghuni kolej.
Kami barisan MPMUM berjanji akan membawa permasalahan dan aduan anda ke peringkat atasan. Apa yang saya harapkan adalah sokongan dan bantuan anda kepada MPMUM dalam usaha membawa harapan dan perubahan yang baru untuk Universiti yang kita cintai ini.
Roadshow seterusnya Kolej 11 dan Kolej 12
0 comments:
Post a Comment