Showing posts with label respon isu. Show all posts
Showing posts with label respon isu. Show all posts

Thursday, July 23, 2009

PERJUMPAAN KHAS BERSAMA NC BINCANG ISU LARANGAN BAWA KERETA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berhubungan dengan polisi baru Universiti Malaya (UM) iaitu larangan membawa kenderaan ke kampus, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah mengadakan satu perjumpaan dengan Naib Canselor (NC) Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon pada 23 Julai 2009 untuk membincangkan isu ini.

Berikut merupakan hasil perbincangan yang telah dipersetujui bersama :

1. Semua mahasiswa/i dibenarkan membawa motosikal ke kampus.

2. Semua mahasiswa/i tahun keempat dan ke atas boleh memasuki kampus Universiti Malaya melalui mana-mana pintu masuk dan meletak kereta di mana-mana tempat meletak kereta di dalam kampus.

3. Dari Hari Isnin sehingga Sabtu, Pelajar Pusat Asasi Sains, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 ijazah dasar dibenarkan membawa kereta ke dalam kampus Universiti Malaya melalui pintu masuk Damansara ( dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 malam) dan dibenarkan untuk meletak kereta di kawasan-kawasan berikut :

a) Kawasan letak kereta di hadapan kolej 10.

b) Kawasan Lapang di sekitar kompleks PALAPES.

c) Sepanjang jalan (yang bertanda) di antara kolej 10 dan PALAPES

Perkhidmatan shuttle bus akan disediakan dari tempat meletak kereta ke seluruh kampus Universiti Malaya.

4. Walau bagaimanapun, berdasarkan keperluan mahasiswa/i dan kokosongan tempat meletak kereta di fakulti masing-masing, NC akan mempertimbangkan mahasiswa/i Tahun 3 untuk membawa kereta ke dalam kampus dan masuk melalui mana-mana pintu masuk serta meletak kereta di mana-mana tempat meletak kereta di seluruh kampus. Sila berjumpa dengan wakil fakulti untuk makluman lanjut.

5. Pihak pentadbiran akan berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan shuttle bus Universiti Malaya. Sila berikan maklum balas kepada ahli MPMUM jika anda menghadapi sebarang masalah berkenaan perkhidmatan shuttle bus; waktu operasi bas, kelakuan pemandu bas dan lain-lain. Dalam maklum balas anda sila nyatakan tarikh, masa dan no. plat bas. Semua maklum balas hendaklah dihantar ke mpmum@um.edu. my.

6. Bukan warga Universiti Malaya hanya dibenarkan masuk ke dalam kampus selepas mendapat pelekat pelawat.

7. Satu dialog terbuka bersama dengan NC akan diadakan bagi menerangkan tetang polisi baru ini. Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaan, bolehlah diajukan semasa dialog. Makluman lanjut berkenaan dialog ini akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Untuk sebarang pertanyaan dan respon, sila emelkan kepada mpmum@um.edu. my. Diharapkan semua respon yang diberikan dapat disertakan dengan maklumat yang terperinci.

Sekian, Terima Kasih

MOHD RIDZUAN MOHAMMAD

Yang Dipertua,

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya,

Sesi 2008/2009


_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum and greetings to all students.

The university has implemented a new policy with regards to the restrictions of students bringing cars into the university campus. Recently, the council met with the Vice Chancellor, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon to review and discuss this new policy.

The following were decided and agreed upon:

1. Regardless of year of study, all students are allowed to ride motorcycles on campus.

2. 4th and 5th year students are allowed to drive their cars through any entrance and park anywhere on campus.

3. From Monday – Saturday, foundation of science program (PASUM), 1st, 2nd, and 3rd year students are only allowed to drive into campus through the Damansara gate (open from 6am-12am) and to park at:

a) Parking lots in front of the 10th Residential College.

b) Designated areas near PALAPES training area.

c) Along the roadside between the 10th Residential College and the PALAPES Complex.

Shuttle buses will be provided from the above parking areas to the rest of the campus.

4. However, based on the needs of students and parking areas of each faculty, the VC may allow 3rd year students to drive their cars through any entrance to park at their faculty. Please see your faculty representative for further enquiries.

5. Efforts will be taken to improve and upgrade the campus shuttle bus service. Do feedback to the council members should you face any problems with the shuttle bus service, e.g. Late arrivals and departures, dangerous driving, impolite drivers and so on. In your feedback, state the date, time of the incident and the bus registration number plate. All feedback should be emailed to mpmum@um.edu. my.

6. Members of the public are only allowed to drive into the campus after obtaining a visitor’s pass.

7. An open dialogue with our VC will be held campus wide to explain and clarify the new policy. If you have any doubts or queries, do prepare questions and attend the dialogue. Details of the dialogue will be announced soon.

For any enquiries and responses, feel free to email mpmum@um.edu. my. We would appreciate all feedback to be concise, constructive and detailed.

Thank You.

MOHD RIDZUAN MOHAMMAD

President,

Undergraduates’ Representative Council of Universiti Malaya,

Session of 2008/2008

Friday, July 10, 2009

RESPON SAYA TENTANG KETUA JABATAN PENGAJIAN INDIA

Agak mengejutkan tindakan Datuk Seri S. Samy Vellu, presiden MIC berkenaan isu ketua Jabatan Pengajian India di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM). Beliau membantah tindakan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ghauth Jasmon melantik ketua jabatan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, presiden MIC itu mahu membawa isu ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya NC tidak mengubah keputusannya melantik ketua jabatan bukan kalangan kaum india.

Samy Vellu seharusnya memberi peluang kepada NC memberi penjelasan kenapa beliau membuat keputusan begitu. Bukannya terus mahu mengugut sekiranya NC tidak ikut telunjuknya.

Harus disedari, Tindakan NC itu lebih kepada untuk menyelesaikan kemelut yang wujud dalam jabatan itu, iaitu masalah dalaman. Bagi saya NC telah membuat keputusan yang terbaik iaitu untuk mengelak masalah yang lebih rumit dan nilaian NC pada kredebiliti dan kelayakan akademik.

Saya mencadangkan sebelum Samy Vellu mengambil tindakan melulu, tanyalah NC terlebih dahulu.

Sunday, March 29, 2009

MPMUM BANTAH GEJALA HOMOSEKSUAL

Belakangan ini anak muda kita dihinggapi satu fenomena yang bertentangan dengan agama dan moral masyarakat iaitu merebaknya budaya dan amalan homoseksual. Penyebaran budaya lesbian dan gay ini sudah mencapai tahap kritikal apabila golongan ini dengan beraninya menayangkan filem seperti Comolot yang nyata-nyata memperlihatkan tabiat songsang ini di dalam laman-laman web.

Filem pendek yang diterbitkan oleh pelajar-pelajar Akademi Seni Warisan Dan Kebudayaan Kebangsaan (ASWARA) sehingga kini telah disebar-luaskan di laman-laman internet termasuk laman YouTube yang sangat mudah untuk di layari oleh siapa sahaja.

Kami di peringkat Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) membantah keras penayangan filem Comolot dan seumpamanya. Penayangan filem seumpama ini jika tidak di beri perhatian serius akan mendatangkan fahaman, bahawa mereka diberi kebebasan melakukan perkara tersebut.

Kita melihat penyebaran filem ini adalah satu perbuatan yang bukan hanya akan memberi ruang tersebarnya budaya songsang ini bahkan akan memberi persepsi yang buruk terhadap negara kita yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.

Di dalam agama Islam sendiri jelas mengharamkan gay dan lesbian. Termasuk Ijma’ para ulama juga yang tidak pernah berselisih tentang hal ini. Tidak ada kelonggaran dalam Islam berkaitan hal ini yang menghalalkannya walaupun berdasarkan akal rasional. Amalan songsang ini juga bertentangan dengan prinsip moral agama dan masyarakat.

Jesteru kami dipihak MPMUM berharap agar pihak yang berwajib melihat hal ini dengan lebih serius. Majlis Fatwa Kebangsaan, Persatuan Ulama Malaysia dan mufti-mufti perlu bertindak dengan lebih agresif dalam membendung gejala ini.

Pada masa yang sama kerajaan juga perlu peka dan mengambil tindakan yang lebih serius dan segera dalam usaha membendung permasalahan ini malah jika perlu, penguatkuasaan undang-undang berkaitan tatatertib moral perlu dilakukan .

Kita bimbang gejala yang juga ditentang oleh mana-mana dogma agama dan masyarakat ini hanya akan merosakkan anak bangsa dan memberi impak negatif kepada negara di masa hadapan.

Umumnya kita mengetahui negara-negara barat mengiktiraf golongan ini atas prinsip hak asasi manusia dan kebebasan individu. Namun kebebasan tersebut jangan sehingga melampaui batas nilai–nilai etika moral. Sejarah silam membuktikan runtuhnya sesuatu tamadun itu berpunca dari runtuhnya etika moral. Maka kerana itu gejala ini perlu dibendung segera secara serius kerana mengambil pengajaran dari sejarah lalu, runtuhnya moral masyarakat menyebabkan runtuhnya tamadun sesebuah negara.

Sebagai mahasiswa dan generasi baru pada hari ni kita mahu lahirkan generasi yang tinggi pekerti moralnya. Kita berharap, anak muda Malaysia ini akan kekal dilihat sebagai bangsa yang mengamalkan etika budaya sebenar dan terus disanjung di mata dunia.

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan