Sunday, January 20, 2008

Ucapan Takziah Kepada Dr. Mahmud Zahar

Takziah saya ucapkan kepada Dr. Mahmud Zahar, Pemimpin Tertinggi Pergerakan Hamas merangkap Menteri Luar Kerajaan Palestin pimpinan Hamas di atas kematian putera beliau, Husam al-Zahar (22) dalam serangan Zionis Israel ke atas Semenanjung Gaza baru-baru ini. As-Syahid Husam merupakan Komandan tentera Briged al-Qassam, sayap militan Gerakan Hamas. Dalam serangan tersebut Regim Zionis Israel laknatullah telah menyerang Semenanjung Gaza menyebabkan 19 orang rakyat Palestin terkorban dan 45 orang lagi cedera. Serangan tersebut berlaku setelah selesai kunjungan Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush ke Asia Barat. Kunjungan tersebut dilihat sebagai sandiwara US-Israel atas nama misi damai untuk mempermainkan Mahmoud Abbas, sedangkan pada masa yang sama terus menyerang Palestin. Pengerusi Pertubuhan Negara-negara Islam(OIC) dan ketua negara-negara Islam seharusnya serius menyelesaikan masalah yang berlaku di Palestin. Saya mendoakan supaya saudara-saudara kita di Palestin terus sabar dan berjuang sehingga dianugerahkan kemenangan oleh Allah SWT.

Oleh: Mohd Ridzuan Mohammad
 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan