Friday, February 13, 2009

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB YANG SANGAT BERAT

Bergambar bersama Naib Canselor, Pentadbiran UM dan MPMUM 08/09

Bermula 5 Feb yang lalu, saya telah diamanahkan sebagai Yang Dipertua (YDP) Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) bagi sesi 2008/09. Pada tarikh itu juga telah terbentuknya kabinet lengkap bagi MPMUM sesi kali ini. Moga dengan pertolongan Allah, bantuan rakan-rakan MPMUM serta sokongan sahabat-sahabat yang lain, InsyaAllah amanah dan tanggungjawab ini saya akan lakukan yang terbaik untuk perubahan kampus UM...

3 comments:

exxelyx said...

Assalamualaykum...

Pertama sekali ana ucapkan tahniah atas perlantikan saudara sebagai YDP yg baru. Ana cukup bangga dan yakin anta memang layak dgn jawatan tersebut.

Kedua, amanah dalam perjuangan. Dan perlu ingat kita perlu sentiasa konsisten dalam setiap perjuangan. Berjuang bukan di Uni sahaja. Anta akan rasa satu beban yg berat untuk kekal dgn perjuangan apabila berada di dunia luar apabila tamat belajar. APa yang penting adalah akidah perlulah tetap dan yakin... fiqh perlulah fleksibel. Barulah hidup akan terurus dan seimbang.

Tahniah
~Mohamad Syafiqe~

thinker said...

Assalamualaikum,

Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam, dan solawat serta salam ke atas baginda Nabi, yg telah memimpin sahabat dan pengikutnya ke jalan yg lurus, lalu kt dpt merasakan nikmat iman dan taqwa tersebut.

Tahniah akhi. Smg apa yg dicapai olehmu itu dapat dipegang dgn penuh amanah, demi agama yg suci ini. Bukan kerana lainnya. Pangkat dan derajat hanya akan menjadi beban, jika penyandangnya tidak tahu akan amanah tersebut.

Smg anta terus istiqamah dlm perjuangan mengabdi diri kepada Tuhan Robbul Alamin. Tiada daya dan upaya melainkan kehendakNya.

Intan & Kaca kelihatan sama,
kerana tahta mengaburi diri,
Untuk apa semuanya,
Jika gagal menjadi hamba ilahi

Sahabatmu,
Ibnu Ma'ruf @ Thinker

Pertemuan yg bermula di Lowyat

Wassalam...

Nurul S Othman said...

salam wahai pejuang....

ketahuilah bahawasanya jawatan dan pangkat itu adalah yanggungjawab yang perlu dipikul..

bukan perkara untuk bermegah-megah kerna ia hanya sementara..

sekiranya kamu lalai kepada tanggungjawab itu..
jawablah perkara tersebut di dunia dan di akhirat

Post a Comment

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan