Tuesday, February 24, 2009

Perutusan YDP MPMUM - Bilangan 1



Perutusan YDP MPMUM
Assalamualaikum Warahamtullahi wabarakatuh
Salam Sejahtera
Salam Perkenalan
Salam Perpaduan
Buat semua warga kampus universiti Malaya sekelian.
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Ilahi , Kerana dengan izin dan limpah rahmat-Nya sehingga saat ini kita masih mampu mengecapi pelbagai nikmat dan anugerah yang tidak terkira banyaknya. Mengharungi fasa pilihanraya kampus yang diwarnai dengan pelbagai karenah, peristiwa dan isu-isu secara langsung mematangkan kita untuk terus mengharungi perjalanan kehidupan sebagai mahasiswa di uni.perdana ini.
JUTAAN TERIMA KASIH BUAT SEMUA MAHASISWA
Statistik yang dicatatkan  PRK kali ini , 66.39% mahasiswa telah turun mengundi. Sekalung penghargaan saya ucapkan mewakili pimpinan MPMUM kali ini kepada mahasiswa yang telah turun mengundi dan  menunjukkan komitmen yang baik dalam pemilihan MPMUM sesi kali ini. Saya yakin dan percaya UNDI anda melambangkan harapan dan sokongan kuat anda kepada agenda perubahan yang lebih baik dalam teraju kepimpinan mahasiswa. JUTAAN TERIMA KASIH SAYA UCAPKAN.
PEMBENTUKAN KABINET MPMUM
Komposisi ahli kabinet MPMUM yang telah dibentuk kali ini sangat unik. Kabinet campuran yang berlaku diantara Melayu , Cina , India dan lain-lain menunjukan dinamika dan kesatuan di dalam memacu perjalanan MPMUM sesi kali ini . Hasil daripada perbincangan beberapa minggu sesama wakil mahasiswa  dan pihak pentadbiran HEP, maka pada Tanggal 5 Februari 2009 bertempat di auditorium Kompleks Perdana Siswa secara rasminya KABINET MPMUM sesi 2008/2009 telah terbentuk.


KEPIMPINAN ADALAH AMANAH BERSAMA :
Saya menghayati dan sentiasa ingat amanat Ayahanda Naib.Canselor Prof. Dato Dr.Gauth Jasmon yang  menaruh harapan begitu  tinggi kepada barisan pimpinan mahasiswa yang baru dilantik agar bersama-sama memajukan Universiti Malaya selaras dengan wawasan universiti tersebut membuat perubahan dan fokus utama sebagai peneraju kepada penyelidikan dan inovasi.
Saya menyedari bahawasanya menggalas teraju kepimpinan ini bukan tugas yang mudah. Namun saya positif dan cukup percaya akan sokongan dan dokongan anda semua menjadikan amanah yang dipikul ini akan menjadi lebih mudah. Perubahan perlu  direalisasikan bersama. Sesungguhnya, kini langkah permulaan menuju perubahan telahpun bermula. Jalan ini bukan mudah. Perpaduan dan Kebersamaan adalah kekuatan utama kita.
Pada sesi ini :-
·         MPMUM akan mengorak langkah yang lebih unggul bagi memartabatkan universiti  ini selari dengan hasrat universiti Malaya sendiri dalam memperkayakan kajian dan penyelidikan yang lebih serius.
·         MPMUM juga akan berusaha keras bagi memastikan Universiti Malaya ini kembali gemilang  berada “rangking”  yang terbaik
·         MPMUM juga  akan menjaga kebajikan dan hak-hak mahasiswa  secara konsisten.
·         MPMUM juga akan memastikan budaya intektual di kembalikan agar mahasiswa menjadi menjagi generasi yang unggul di dalam mendepani massa yang semakin mencabar.
·         MPMUM akan menitik beratkan aspek  perpaduan dan menjauhi sama sekali sikap berat sebelah kepada mana-mana pihak.
·         MPMUM akan bekerja keras mengembalikan maruah, dan kewibawaan mahasiswa yang merupakan asset penting kepada agama , bangsa dan Negara.
Saya cukup yakin dan optimis dengan momentum kesepaduan  kepimpinan  MPMUM sesi ini  dan  saya yakin dengan sokongan daripada mahasiswa-mahasiswi,  agenda yang kita sepakati bersama ini  mampu di realisasikan. MPMUM membuka tangan menerima semua pihak tidak kira kaum agama dan bangsa kerana perpaduan dan kesatuan sememangnya prinsip utama kami.
Akhirnya, sambutlah Salam Perkenalan dari saya untuk semua warga kampus universiti perdana. Sama-sama kita mendoakan agar kepimpinan pada kali ini di berkati dan di permudahakn  olehNYA…



Mohammad ridzuan Bin Muhammad
YDP majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya sesi 08/09

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan