Showing posts with label PUSMAL. Show all posts
Showing posts with label PUSMAL. Show all posts

Sunday, July 19, 2009

BENGKEL 'UNIVERSITY OF MALAYA STUDENT DEVELOPMENT CENTRE'

UMSDC- University of Malaya Student Development Centre

Saya dalam kumpulan- sebelah saya, Dr. Rauzah dan Dr. Faizah

Ahli kumpulan saya- Dr. Faizah sedang menerangkan ideanya kepada Dr. Johan

kumpulan lain

Semalam saya berkesempatan menghadiri bengkel University of Malaya Student Development Centre (UMSDC) di Hotel Marriot, Putra Jaya. Bengkel bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang tersebut di pengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Prof Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin.

Turut terlibat dalam bengkel ini, En. Apandi Khalib, Pendaftar di Canseleri, Prof Dr. Zahurin Mohamed (pensyarah Fakulti Perubatan), Prof Dr. Rauzah Hashim, Prof Madya Dr. Johan Shamsuddin Sabaruddin (pensyarah Fakulti Undang-undang), Prof Madya Dr. Faizah Yunos (pengetua kolej 10), Prof Dr. Ishak Suliaman (pensyarah Akademi Pengajian Islam), En. K. Puniamurthy (pendaftar di Hal Ehwal Pelajar-HEP), Dr. Stefanie Pillai, En. Ab Azid Che Ibrahim (PUSMAL) dan ramai lagi.

Pelajar yang terlibat selain saya, Sdri Shah Rizul Ayuni Zulkiply (Setiausaha MPMUM) dan Luqman Hakim Roslan (JIK kolej ke-3). kami dibahagikan mengikut kumpulan untuk perbincangan setiap tajuk sebelum pembentangan pada sesi petang. Saya diletakkan dalam kumpulan ke-3 bersama Prof Dr. Rauzah, Prof Madya Dr. Johan dan Prof Madya Dr. Faizah.

Empat kumpulan telah dibahagikan, dengan setiap kumpulan membincangkan tajuk yang telah diberi. Empat tajuk tersebut adalah, kumpulan pertama, What kind of Graduates does UM want? (kumpulan 2) The idea of the UM Student Development Centre. How will it be organized/ Governance involved. How do we go about to get buy-in from students at Faculty level?(kumpulan 3) What is needed for UMSDC in terms of facilities, staff, funding? dan kumpulan 4, What is Mission and Objectives of the UMSDC?

Sebelum sesi perbincangan, Prof Raja Maznah, Dr. Stefanie Pillai dan Prof Dr. Zahurin membentangkan kertas kerja dan laporan lawatan ke Liverpool John Moore University (LJMU). Alhamdulillah bengkel ini berjalan lancar dan suasana perbincangan secara santai dan bebas.

MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN PUSMAL & PROJEK IKAN DALAM SANGKAR

Pada 14 Julai yang lalu saya sempat menghadiri Majlis Perasmian Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) Universiti Malaya (UM) dan pelancaran projek ternakan ikan sangkar di Auditorium Kompleks Perdana Siswa (KPS).

Majlis bermula pukul 9.30 pagi, nyayian lagu Negaraku dan persembahan tarian kuda kempang. Selepas taklimat oleh En. Ab Azid Che Ibrahim, pengarah eksekutif PUSMAL dan juga ucapan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

Selepas itu, terus kepada ucapan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dan gimik perasmian, melepaskan belon dan menampakkan akuarium ikan di pentas. Kemudian nyayian lagu UM mengakhiri majlis perasmian di Auditorium KPS.

Disusuli sidang media bersama menteri di bilik DP2. Soalan-soalan banyak menyentuh mengenai projek-projek ikan dalam sangkar dan keterlibatan mahasiswa dan siswazah. Diselitkan juga dengan soalan mengenai tangkapan mahasiswa yang terlibat kes conteng dinding dan tangkapan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dalam kawasan UM.

Majlis makan tengahari melengkap majlis perasmian pada hari tersebut. Dato' Seri Khaled tidak dapat terlibat sama kerana tergesa-gesa ke majlis mesyuarat untuk PTPTN.
 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan