Rakaman video menyiarkan aksi Barack Obama, presiden Amerika Syarikat ketika Sidang Kemuncak Kumpulan Negara Membangun (G8) di L'Aquila, Itali begitu hangat di internet. Bukan kerana tindakan atau ucapan semasa sidang tersebut, tetapi aksi beliau memandang gadis muda mewakili negara Brazil semasa sesi bergambar.
Obama pada ketika itu bersama presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. Sarkozy turut memandang sama gadis tersebut ketika menuju kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva. Gadis tersebut bernama Mayara Tavares, 16 tahun mewakili Brazil bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Kumpulan anak muda tersebut dinamakan 'Junior 8' atau J8.
Ucapan Barack Obama di Mesir semalam dilihat sebagai satu lembaran baru hubungan AS dan dunia Islam. Beliau yang menyentuh mengenai hubungan AS dan negara Islam itu untuk menjernihkan kembali imej AS pasca 11 September. Beliau juga mengimbau kembali semasa berada di Indonesia selalu mendengar azan.
Selain memberikan ucapan, Obama juga mengadakan perjumpaan dengan Hosni Mubarak, presiden Mesir. Selepas ini Obama akan melawat negara Jerman dan Perancis. Sebelum melawat Mesir, Obama telah berjumpa dengan Raja Abdullah di Arab Saudi pada 3hb yang lalu.
Disaat tentera Israel suda mula mengurangkan serangan terhadap Gaza, Ketika pemimpin-pemimpin negara Islam terutama Liga Arab dan kerajaan Mesir berdiam diri dan memejamkan mata apa yang berlaku kepada Umat Islam di Gaza. Muncul seorang pemimpin yang mempertahankan maruah umat Islam di bumi Palestin.
Recep Tayyip Erdogan bertindak berani mempertahankan umat Islam di Palestin dan juga HAMAS, dengan menyerang kembali kenyataan oleh Presiden Israel, Simon Peres dalam Forum Ekonomi Dunia- World Economic Forum (WEF) di Davos, Switzerland. Peres mengatakan HAMAS yang menjadi punca berlaku konflik di Gaza. Erdogan berang apabila pengerusi menyekat beliau berucap, apabila beliau hanya bercakap selama 10 minit sedangkan Peres diberi ruang untuk berucap selama 25 minit. Kemudian beliau mengambil tindakan meninggalkan forum tersebut dan menegaskan tidak akan datang lagi ke Davos.
Turut serta dalam forum tersebut, selain Erdogan dan Peres, Setiausaha Agung Liga Negara Arab, Amru Mousa dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Bang Ki-Moon. Beberapa jam selepas selesai forum tersebut, Saluran Kedua TV Turki telah menyiarkan permohonan minta maaf Peres kepada Erdogan.
Tahniah kepada Erdogan! Diharapkan dengan tindakan ini akan membuka mata pemimpin-pemimpin negara Islam yang lain. Ianya lebih menarik sekiranya Erdogan bergabung dengan Mahmoud Ahminejad, presiden Iran dan juga Hugo Chavez, presiden Venezuela yang sebelum terkenal sebagai anti Israel.
Saya terpanggil untuk menyiarkan berita sebenar mengenai seorang penduduk yang marah kepada ADUN Bukit Antarabangsa, YB Azmin Ali sebagaimana yang dilaporkan oleh TV3. Bagi saya berita yang disiarkan oleh TV3 sengaja untuk memburukkan imej YB Azmin Ali. Bukan kerana saya sokong mana parti politik, tetapi yang betul dan benar mesti ditegakkan.
The Last King of Scotland sebuah filem yang dihasilkan untuk menggambarkan pemerintahan seorang diktator yang kejam di benua afrika iaitu Idi Amin Dada, presiden Uganda. Nantikan post terbaru saya mengenai Idi Amin...
Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) akan meneruskan desakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). GMMA akan maneruskan usaha tersebut setelah melihat pihak KPT tidak mengiraukan langsung tuntutan kita sebelum ini.
Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak GMMA supaya pihak KPT menilai kembali pindaan tersebut dan memansuhkannya. Tetapi, seolah-olah tindakan tersebut langsung tidak dipedulikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khalid Nordin.
Saya telah meneliti ucapan pergulungan bajet 2009 bagi Kementerian Pengajian Tinggi oleh Dato' Seri Khalid Nordin baru-baru ini dan beliau menegaskan tidak akan memansuhkan akta tersebut. Bacaan kali kedua pindaan AUKU dijangka dibuat dalam perbahasan parlimen dalam bulan Disember nanti.
Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa, rakyat dan juga ahli parlimen samada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN) supaya terus membantah AUKU. Di sini saya sediakan beberapa rakaman video demonstrasi depan parlimen membantah AUKU.
Perjalanan terakhir sebelum syahid, Imam Samudera bersama kelurganyaPenduduk kampung dan umat Islam menyambut 'kepulangan' wira merekawajah as-syahid Imam Samudera selepas hukuman tembak
Tahniah kepada tiga mujahid yang berjaya bergelar syahid! teringat saya satu rakaman video mengenai perjuangan para mujahidin di Afghanistan. Ungkapan pertama para mujahidin kepada keluarga si mati, Tahniah, anak anda telah syahid!
As-syahid Sayyid Qutb juga menggambarkan perjalanan terakhir beliau ke tali gantung sebagai perjalanan yang sangat mulia kerana akan bertemu kekasihnya, Allah. Seorang pejuang pembebasan Islam Moro bernama 'Abu Jabir' pernah berpesan, mengingatkan ayat al-Quran tentang orang yang syahid, sakitnya seperti cubitan.
Jam 12 malam waktu Indonesia (9 Oktober), hukuman tembak sampai mati keatas Huda bin Abdul Haq (Ali Ghufran @ Mukhlas), Abdul Aziz (Imam Samudera) dan Ali Amrozi Nurhasyim (Amrozi) telah dilaksanakan. Hukuman tersebut dijatuhkan atas tuduhan terlibat pengeboman di Bali pada tahun 2002 yang meragut 202 nyawa.
Jenazah mereka bertiga selamat sampai ke kampung halaman mereka di Lamongan, Jawa Timur. Sorakan dan laugan takbir bergema sepanjang keranda jenazah mereka diusung. Al fatihah dan tahniah kepada As-syahid Imam Samudera, Amrozi dan Mukhlas. Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan ditempatkan di tempat para syuhada' dan orang beriman. Amin.
Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 23 Oktober 2008 lalu telah membuat keputusan mengharamkan perbuatan perempuan yang membuat penampilan seperti lelaki atau dikenali sebagai 'pengkid'.
Namun, begitu tidak sampai sebulan fatwa ini dikeluarkan sudah ada pihak tertentu tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Di bawah ini adalah video rakaman oleh Malaysiakini pada 7 November 2008 mengenai demontrasi menentang fatwa tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa tersebut, Prof Datuk Dr. Abdul Shukor Husin menyatakan fatwa tersebut dikeluarkan selepas mengkaji gejala 'pengkid' dan 'tomboy' semakin menular. Gejala ini amat membimbangkan umat Islam bukan hanya perwatakan seperti lelaki bahkan 'golongan' ini tidak lagi berminat dengan lelaki tetapi berminat dengan kaum sejenis.
Persoalannya disini, fatwa tersebut hanya untuk umat Islam, bukan melibatkan agama lain. Kenapa dalam demontrasi tersebut sebahagian golongan bukan Islam mempertikaikannya. Umat Islam tidak pernah mempertikaikan ajaran agama lain, kenapa mereka sibuk menggangu ajaran agama kita yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan.
Menurut Artikel 3Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:
(1) Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
(2)Dalam tiap-tiap Negeri melainkan Negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diisytiharkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan juga, tertakluk kepada Perlembagaan Negeri itu, segala hak, keistimewaan, hak kedaulatan dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercacat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang telah dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan, maka tiap-tiap orang Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua ugama Islam membenarkan Yang diPertuan Agong mewakilinya.
Masyarakat Islam di negara ini seharusnya sedar tindakan ini sudah melampau, bukan setakat mempertikaikan fatwa bahkan secara tidak langsung mempersoal tentang kedudukan agama Islam di negara ini. Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan kesucian dan kedaulatan agama Islam.