Tuesday, November 11, 2008

GMMA AKAN TERUS MENDESAK AUKU DIMANSUHKAN

Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) akan meneruskan desakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) supaya memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU). GMMA akan maneruskan usaha tersebut setelah melihat pihak KPT tidak mengiraukan langsung tuntutan kita sebelum ini.

Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak GMMA supaya pihak KPT menilai kembali pindaan tersebut dan memansuhkannya. Tetapi, seolah-olah tindakan tersebut langsung tidak dipedulikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Khalid Nordin.

Saya telah meneliti ucapan pergulungan bajet 2009 bagi Kementerian Pengajian Tinggi oleh Dato' Seri Khalid Nordin baru-baru ini dan beliau menegaskan tidak akan memansuhkan akta tersebut. Bacaan kali kedua pindaan AUKU dijangka dibuat dalam perbahasan parlimen dalam bulan Disember nanti.

Saya menyeru kepada seluruh mahasiswa, rakyat dan juga ahli parlimen samada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN) supaya terus membantah AUKU. Di sini saya sediakan beberapa rakaman video demonstrasi depan parlimen membantah AUKU.












1 comments:

Mior Isfandy Mior Azizan said...

Assalamu'alaikum wrt wbt

Menarik template blog Saudara yang terbaru.

InsyaAllah, jika berjalan lancar pihak Pusat Penyelidikan PAS akan menganjurkan wacana tertutup mengenai Rang Undang-Undang Pindaan AUKU pada penghujung November ini.

Saya akan menghantar notis pada minggu ini.

Harap percambahan minda dapat dihasilkan dengan kehadiran wakil dari Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU.

InsyaAllah

Post a Comment

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan