Tuesday, August 19, 2008

ISU AUKU: DEMONSTRASI DUA JAM DALAM HUJAN

mahasiswa baring tanda protes..abang polis tak nak baring skali ke...
abang-abang FRU segak bergaya

mayat AUKU pun polis takut..

Hei! abang polis, tak nak baring skali ke? itu agaknya yang dijeritkan oleh Man Jabir

KUALA LUMPUR 18 Ogos - Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) hari ini berjaya menghimpunkan kira-kira 500 mahasiswa untuk berdemonstrasi di hadapan bangunan Parlimen yang bermula jam 8.30 pagi tadi. Walaupun beberapa pegawai HEP dari IPT -IPT tertentu turut hadir untuk ‘mengambil gambar’ dan ‘menghantar laporan’ kepada Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar masing-masing, namun ianya tidak sesekali mematahkan semangat mereka yang hadir.

Menurut jurucakap GMMA, saudara Ahmad Shahir Abdul Aziz komitmen yang ditunjukkan oleh mahasiswa dari setiap kampus adalah memberangsangkan dalam menjayakan perhimpunan berkenaan.
”Kita optimis dengan kehadiran begitu ramai mahasiswa dalam perhimpunan ini berkeupayaan memberikan kesan yang besar dalam perbahasan rang undang-undang Pindaan AUKU di Parlimen nanti”. katanya

Perhimpunan tersebut yang dipengerusikan oleh saudara Syazni Munir turut menampilkan ucapan pemimpin-pemimpin mahasiswa dari front-front yang lain.
Perhimpunan tersebut juga menyaksikan lima pemimpin mahasiswa dibenarkan masuk ke Dewan Rakyat untuk berbincang secara langsung dengan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun berkenaan bantahan draf pindaan AUKU yang hanya bersifat kosmetik semata-mata.
Kelima-lima pemimpin berkenaan ialah wakil GMMA, saudara Ridzuan Mohamad, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, saudara Haafizudin Abirerah, , wakil Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM, saudara Faridzul M. Nasaruddin, Exco Pendidikan & Penyelidikan PKPIM, saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz, dan Zawani Rosle.

Sementara itu, menurut wakil GMMA, saudara Ridzuan Mohammad mereka berpuas hati walaupun tujuan perhimpunan itu diadakan ialah untuk menemui sendiri Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin bagi menyerahkan Memorandum Pemansuhan AUKU 1971 (Pindaan 1975) dan Bantahan Pindaan AUKU 1971 (Pindaan 1975).
“Ok la walaupun tak 100 peratus berjaya. Matlamat kami hari ini ingin berjumpa dengan menteri atau timbalan menteri. Kami berterima kasih kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Harun kerana sudi menemui kami walaupun dalam tempoh yang singkat,” katanya kepada media di lobi Parlimen.
Tambah beliau, pihaknya tidak akan menerima sebarang tawaran bagi menyerahkan memorandum tersebut kepada mana-mana wakil kementerian kerana khuatir ia tidak disampaikan kepada menteri.

“Pendirian kami jelas dan kami tidak akan berganjak dengan pendirian untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kami kepada menteri atau timbalan menteri walaupun dalam keadaan hujan,” ujarnya.
“Kami berharap supaya ahli Parlimen sama ada dalam Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat supaya membahaskan perkara ini dengan serius untuk kepentingan generasi masa depan serta menggantikan dengan akta yang lebih relevan”.
“Selain itu biarlah dengan perbahasan tersebut mampu menghasilkan kesimpulan yang lebih positif kepada semua mahasiswa,” tambah beliau lagi.
Kekecohan berlaku seketika apabila ‘mayat’ yang dibawa oleh mahasiswa dirampas oleh pihak polis. ‘Mayat’ yang dikafankan dengan kain putih sebagai simbolik mahasiswa yang dikongkong AUKU tersebut dirampas selepas perhimpunan bersurai.-mahasiswakini.com

2 comments:

Shafie Hashim said...

Jangan bangga dengan kejayaan yang sedikit. Andai kata perbahasan di parlimen menyokong pindaan ini .Adakan anada akan mengetuai Demontarsi sekali lagi ????

Mohd Ridzuan Mohammad said...

I'Allah kita akan terus konsisten dgn isu ini..saya dan rakan2 dlm GMMA akan buat sidang media slps pindaan akta ini dululskan nanti..tunggu tindakan GMMA seterusnya

Post a Comment

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan