Setelah selesai menghadiri majlis perkahwinan Haafizuddin dan Fatin, kami (saya, Norazali, Faisal, Razak & Halim) mengambil kesempatan melawat Pulau Pinang sebelum pulang ke Kuala Lumpur.
Pemandangan jambatan Pulau Pinang dari atas feri
Memandangkan kami terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur, kami membuat keputusan hanya melawat Fort Cornwallis sahaja. Itu pun sekejap, dalam 30 minit, sebab tempat ini tutup pukul 6 petang. Tempat ini merupakan tinggalan sejarah pemerintahan british di Tanah Melayu.

Kami pulang menggunakan jambatan. Perjalanan yang menyeronokkan, tapi tidak puas sebab banyak lagi tempat tak dilawati. InsyaAllah lain kali kami datang lagi ke Pulau Mutiara yang penuh dengan tinggalan sejarah.
* Terima kasih kepada Imad (tiada dalam gambar) kerana membenarkan kami berehat sekejap di rumahnya dan menyediakan sarapan pagi.
0 comments:
Post a Comment