Tuesday, November 25, 2008

RAZAK BAGINDA NAFI DATO SERI NAJIB TERLIBAT KES ALTANTUYA

Kali ini saya cuba berkongsi dengan rakan-rakan berkenaan isu Altantuya yang melibatkan pembunuhan kejam terhadap model dari Monggolia. Sebelum ini, saya tidak pernah memberikan pandangan terhadap isu ini yang dikatakan melibatkan beberapa tokoh pemimpin negara.

Saya terpanggil untuk memberikan pandangan dan perkongsian apabila membaca kenyataan terbaru dari Abdul Razak Baginda, yang baru saja dibebaskan dari tuduhan bersubahat melakukan pembunuhan keatas Altantuya Shaariibu. Abdul Razak Baginda menyatakan Dato Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur tidak terlibat dalam kes ini.

Mungkin rakan-rakan boleh meneliti kenyataan beliau disini. Bukan saya mahu menuduh Dato' Seri Najib terlibat dalam kes ini, sebab tidak ada bukti yang kukuh untuk mengatakan beliau terlibat, tetapi bagaimana Abdul Razak boleh tahu Dato Seri Najib dan Datin Seri Rosmah tidak terlibat? Sedangkan mahkamah dan pihak polis sendiri masih lagi menyiasat perkara ini.

Sekiranya kita menilai kenyataan Abdul Razak, iaitu menafikan pembabitan Dato' Seri Najib dalam isu ini bermakna beliau mengetahui siapa yang terlibat? Wartawan bertanya kepada Abdul Razak, Apa sebenarnya perhubungan antara anda dan Altantuya? Beliau menjawab, Dia sudah mati..cukuplah. Biarlah dia bersemadi dengan aman.

Ini sekadar pandangan saya, mungkin ada kesilapan dari sudut menilai. Apapun, saya minta rakan-rakan fikir apa yang tersirat di sebalik kenyataan beliau ini. Kita tunggu apa yang akan berlaku seterusnya dan klimaks dalam kes ini.

1 comments:

yus_anakmelayu said...

penglibataan "orang-orang besar" dalam skandal-skandal yang melibatkan wanita seakan sudah menjadi lumrah dalam permaianan politik di Malaysia. Cuma, kadang-kadang kita tak punya bukti yang kukuh untuk mengaitkan mereka. dalam konteks kes altantuya ini, najib dikatakan terlibat. cuma ada dua kemungkinan, samada beliau memang terlibat ataupun sengaja "dilibatkan" memandangkan kedudukan beliau sebagai timbalan perdana menteri akan memberi kesan pada pilihanraya akan datang...

Post a Comment

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan