Friday, November 14, 2008

JERSI BARU PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA?

Pemain Malaysia (Aidil Zafuan) menggayakan jersi baru Malaysia?
Cuba lihat hadapan jersi Malaysia
Jersi Inter Milan, Kelab Serie A Itali

Inikah jersi baru pasukan bola sepak Malaysia? lihat hadapan jersi terpampang lambang apa? Saya terkejut pertama kali melihat gambar ini(atas). Sebelum ini memanglah pasukan negara kita dikritik kerana aksi setiap perlawanan antarabangsa yang mengecewakan. Tetapi sejak akhir-akhir ini pasukan negara telah menunjukkan aksi yang membanggakan dengan menjadi naib juara Pesta Bola Merdeka dan meningkat ranking FIFA kepada 151 dari 162. Terbaru menumpas pasukan Vietnam 3-0 dalam kejohanan Piala Cabaran Grand Royal, Myanmar.

Jersi yang ditaja oleh Nike seumpama ini memang sudah dipakai oleh pasukan kelab Serie A Itali, Inter Milan. Saya tidak pernah terbayang pasukan Malaysia yang terkenal dengan jersi kuning hitam juga akan memakainya. Apapun jersi ini tidak dipakai lagi oleh pasukan Malaysia dalam mana-mana perlawanan. Sekiranya benar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menggunakan jersi ini, ianya akan mengundang kemarahan penonton nanti terutama umat Islam.

5 comments:

yus_anakmelayu said...

jelas dan nyata lambang yang dibawa. macam-macam yang berlaku,membuat kita termangu, bilakah kiamat berlaku? wan, link kan semula aku k... =) http://anakmelayu-lamanhakiki.blogspot.com/

hafiziology said...

Pastinye jersi malaysia yg xkn ade dlm koleksi aku..sedangkn portugal ngan england yg ad lambang salib kecik pn aku x bli ni yg terang2 besar!!gler la diorang ni..pelik aku org2 FAM x alert lansung psl hal ni..

Humayra' said...

astaghfirullah...
saya baru tahu hal ni.. (mmg x tgk bola, jdi selama ni x prasan pn..)

Moga Allah lindungi kita semua dari tipudaya barat... lepas ni apa pula agenda mereka ye?

xali alonso said...

jersi tu dh tukar. skrg, jersi jalur kuning itam cm dulu lagi. aku dh tgk kt butik nike. pada aku, jersi yg baru tu, smart skit dg yg sblm ni. tp, kalau jersi yg dlm gambo tu, mmg x boleh blah. mmg FAM dh buta mata n buta hati.
*** aku rasa, plan asal nike, nk wat jersi cm dlm gambo tu. tp, bile dh bnyk komplen, die tukar balik. huhuhu..... bisnes. kalau dia x ikut kate customer, cmne bisnes nk jln ye x? huhuhu...

Reporter Sukan said...

kengkawan,
jgnla cepat melatah. ni pic yg btol..
http://www.harimaumalaya.com/malaysia/Berita-Terkini/perasmian-jersi-baru-pasukan-malaysia.html

rasanya gmbr tu utk buat iklan nike jer. adikberadik zafuan-zaquan kan model nike malaysia :)

Post a Comment

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan