Thursday, June 11, 2009

MANOHARA DEMO DEPAN KEDUTAAN MALAYSIA DI INDONESIA

Manohara dengan pakaian Laskar Merah Putih (LMP) melambai kepada orang ramai
suasana demonstrasi depan kedutaan Malaysia
sebahagian anggota Laskar Merah Putih (LMP)
Manohara sedang berucap

Isu hubungan Malaysia dan Indonesia semakin hangat diperkatakan. Media-media di Indonesia telah menyiarkan membicarakan isu Manohara Odelia Pinot dan Tengku Muhammad Fakhry (Tengku Temenggong Kelantan) dan juga isu Ambalat. Terbaru, Manohara dan kumpulan 'Laskar Merah Putih' (LMP) Indonesia telah mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Malaysia di Indonesia.

Demonstrasi dalam cuaca hujan lebat itu, yang turut disertai ibu Manohara, Daisy Fajarina antara lain menyebut soal Ambalat dan juga TKI, tenaga kerja Indonesia yang didera oleh majikan di Malaysia. Manohara dan ibunya mengetuai kumpulan demonstrasi tersebut. Kebanyakan mereka datang dengan memakai pakaian 'Laskar Merah Putih'. Ucapan Manohara dalam perhimpunan tersebut, meminta rakyat Indonesia jangan takut dan mesti membela negara mereka. Ternyata isu ini semakin hangat dan dihangatkan oleh media di negara 'seberang'.

Pasukan Laskar Merah Putih dikatakan antara organisasi yang mengurus usaha membawa balik Manohara ke Indonesia. Pasukan ini ditubuhkan ketika isu Indonesia- Timor Timur. Media Indonesia juga turut menyiar mengenai kenyataan ancaman daripada Barisan Indonesia (Barindo) yang bersiap untuk menyerang Malaysia. Mereka juga turut menyindir Malaysia kerana pakaian tentera Malaysia daripada produk Indonesia.

Mereka seharusnya memikirkan ramai rakyat Indonesia mencari rezeki di negara kita, terutama dalam pembinaan bangunan dan pembantu rumah. Isu ini tidak sepatutnya dipanaskan oleh media Indonesia dan juga pertubuhan-pertubuhan sosial di Indonesia. Ruang perbincangan harus di utamakan. Janganlah kerana isu ini hubungan Malaysia- Indonesia tegang. Sememangnya kita mengetahui rakyat Indonesia yang mempunyai sentimen dan sensitiviti yang sangat tingi terhadap negara mereka.

Pemimpin-pemimpin kedua-dua negara mesti bijak menyelesaikan isu ini tanpa dipengaruhi emosi. Kita berharap moga isu ini dapat diselesaikan dengan baik untuk kebaikan dan kesejahteraan rakyat kedua-dua negara. Janganlah cepat melatah, biarlah pemimpin tertinggi negara, termasuk panglima tentera yang menyelesaikan isu Ambalat. Isu Manohara- Fakhry, siasat dahulu dakwaan Manohara, jangan cepat menghukum siapa yang bersalah. Begitu juga dengan isu pekerja Indonesia.

3 comments:

syuhadah dzarawi said...

you can work something on this~we have indonesian students here in um.

insan_kerdil said...

ish..x suka la..it can be a threat for m'sian student in indon if the relationship among both countries is not good.

supposedly indonesian should think that a lot of them r working in m'sia. let say if m'sia bar the indonesian from coming to m'sia. what they r going 2 do?? they have to think about their future.

i noticed that quite difficult to get a job in indon. so they have to thanks to m'sia government for helping them. I mean, giving a chance and opportunity to work in m'sia. at least they can earn something rather than getting nothing if the stay in indon.

don't be so emotional. only because of 1 case (if its true), they start to "buat kecoh"..

erm...they said manohara is a clever person..is this an action of clever person????????????????????

piki2kanlah...

Malayguy said...

Media indonesia perlu lebih bertanggungjawab di dalam mengwarwarkan isu ini.. sepatutnya media indonesia perlu menceritakan benda sebenar yang berlaku. bukannya mengapi-apikan kemarahan rakyat indonesia terhadap malaysia.

walau bagaimanapun, saya ucapkan syabas kepada kerajaan malaysia dan rakyat malaysia kerana berdepan dengan isu ini secara profesional dan bertamadun. walaupun kita dilontar dengan pelbagai ayat-ayat kesat di dalam sesetengah blog, tetapi kita tidak bersifat emosional.

Kita telah membuktikan bahawa tahap mentaliti kita berada pada tahap mentaliti negara maju, dan bukan mentaliti dunia ketiga.

Post a Comment

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan