Friday, February 27, 2009

FILEM FITNA CETUS SENTIMEN KEAGAMAAN


BARU-baru ini kedengaran kembali penayangan filem Fitna oleh Ahli Parlimen Belanda yang bakal ditayangkan secara tertutup kepada anggota kongres negara terbabit. Filem yang pernah menjadi kontroversi dan menaikkan kemarahan umat Islam serata dunia sebelum ini bakal berlaku lagi jika tindakan sewajarnya tidak diambil segera.

Oleh itu, kami peringkat mahasiswa menentang keras tindakan Geert Wilders menayangkan kembali filem kontroversi Fitna. Geert Wilders yang dikatakan anti-Islam bakal menayangkan filem berkenaan di Amerika Syarikat minggu ini selepas senator Republikan, Jon Kyl, bersetuju menjadi hos menayangkan dokumentari menghina Islam itu.

Sebelum ini, Wilders menyiarkan filem ini secara on-line pada 27 Mac tahun lalu. Berikutan itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah meminta seluruh rakyat Malaysia untuk memboikot barang Belanda.


Mahasiswa melihat penayangan filem ini akan menimbulkan sentimen keagamaan seperti yang berlaku pada Mac tahun lalu. Kami juga beranggapan tindakan Wilders hanya memburukkan lagi hubungan antara Barat dan umat Islam berikutan kemarahan terhadap Amerika yang sebelum ini menyokong serangan Israel ke atas Palestin.

Filem Fitna yang mengandungi kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 September terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam Street pada akhir tahun itu, sebenarnya lebih bersifat salah tafsir terhadap kitab suci umat Islam.

Penerbitan filem Fitna sebenarnya mempunyai tujuan yang kritikal menghina Islam.

MOHD RIDZUAN MOHAMMAD,
Yang Dipertua, Majlis
Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.


Artikel ini telah disiarkan di dalam ruangan surat pembaca Akhbar Berita Harian Jumaat, 27 Februari 2009, 2 Rabiulawal 1430.


http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Surat/20090225224600/Article/


0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan