Thursday, December 11, 2008

SIDANG MEDIA AUKU DI PARLIMEN

Depan dari kiri; Vinod, Yee Keong dan saya
belakang dari kiri; Yong Jing, MP Klang, MP Bukit Bendera & MP Batu
Semasa sidang media
Berbincang dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang AUKU

Tengahari tadi (12.30tghr-11 Oktober 2008) saya dan beberapa orang rakan daripada Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) telah mengadakan sidang media berkaitan pindaan AUKU yang sedang dibincangkan dalam Dewan Parlimen.

Pendirian yang dikeluarkan oleh kami dari GMMA, menolak pindaan AUKU ini yang lebih bersifat kosmetik dan mencadangkan supaya jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji akta ini.

Antara yang hadir selain saya, Yee Keong, Yong Jing, Kaa, Ti Ooi dan Vinod. Beberapa ahli parlimen juga turut hadir semasa sidang media dijalankan antaranya YB Tian Chua (MP Batu), YB Nurul Izzah (MP Lembah Pantai), YB Yusmasi Yusoff (MP Balik Pulau), YB Charles Santiago (MP Klang), YB Mujahid Yusof Rawa (MP Parit Buntar), YB Liew Chin Tong (MP Bukit Bendera). Dato' Seri Anwar Ibrahim sempat meluangkan masa berjumpa dan bertanya beberapa perkara mengenai GMMA dalam isu AUKU.

Ahli-ahli parlimen ini hadir untuk memberikan sokongan terhadap pendirian GMMA dalam isu pindaan AUKU. Isu pindaan AUKU begitu hangat dibahaskan dalam Dewan Rakyat pada hari ini, antara yang mengambil bahagian untuk berucap isu ini Ketua Pembangkang sendiri, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Selain Dato' Seri Anwar, beberapa lagi ahli parlimen turut mencelah dalam perbahasan ini, YB Dr. Lo' Lo' Mohammad Ghazali (MP Titiwangsa), YB Fong Po Kuan (MP Batu Gajah), dan YB Liew Chin Tong (MP Bukit Bendera) daripada Pakatan Rakyat.

Ahli parlimen Barisan Nasional yang bangun untuk membahas isu ini antaranya, YB Datuk Bung Mukhtar Radin (MP-Kinabatangan) dan YB Dato' Tajuddin Abd Rahman (MP Pasir Salak). YB Pasir Salak telah melabelkan golongan mahasiswa sebagai golongan 'pemalas' dan tidak mengikuti isu-isu semasa.

Label yang diberikan tanpa bukti yang kukuh itu telah menimbulkan kemarahan beberapa ahli parlimen. Saya sendiri sebagai mahasiswa telah membangkitkan perkara ini semasa sidang media GMMA dan menggesa beliau menarik balik serta memohon maaf kepada mahasiswa.
Add Image

4 comments:

KelawarHijau said...

Agak-agak berita manelah yang akan siarkan..?

Pada ana, pindaan ini harus DIUJI. Lebih-lebih lagi dah dekat dengan PRK P36 Terengganu umumnya dan PRKampus khususnya.

AUKU dah xsepatutnya jadi momokan gerakan pelajar. Kita xperlu takut lagi dah. Pinda atau tidak, wujud atau musnah, gerakan pelajar tetap merempuh dengan gagah.

.:Khalifatun Khairiah:. said...

AUKU baru dipinda..

Komennya saudara?

Mohd Ridzuan Mohammad said...

Salam kepada Khalifatun Khairiah; saya telah jawab d blog awak ttg komen saya..terima kasih

Faridzul Nasaruddin said...

Salam akh. Tahniah!! Teruskan langkah.

Post a Comment

 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan