Kota Bharu: 19 Nov - Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mahu kerajaan negeri menjadikan sumber mineral sebagai penjana ekonomi yang baru bagi negeri Kelantan.Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Persidangan kali yang ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal yang keempat dewan Negeri Kelantan yang kesebelas 2007, di Kota Darulnaim pagi tadi.Saranan itu dibuat oleh baginda supaya pihak kerajaan lebih bersungguh-sungguh meneroka dan membangunkan sumber-sumber baru dari khazanah bumi dan warisan negeri.“Beta berharap kerajaan negeri memberikan perhatian da;am mengeksploitasikan sumber-sumber kekayaan perut bumi ini, bagi menjana kepada pertambahan hasil negeri” memetik titad baginda di majlis perasmian tersebut.Diantara sumber mineral negeri yang diambil perhatian oleh baginda adalah emas, lempung bebola, batu kapur dan feldspar. Semua mineral ini sangat bernilai untuk diusahakan samaada untuk dieksport atau untuk kegunaan domestik.Walaubagaimanapun, baginda Sultan lebih berminat untuk melihat hasil minyak dan gas yang terdapat di perairan Kelantan dapat dinikmati hasilnya oleh kerajaan dan rakyat Kelantan secara khusus.“Beta berharap pembangunan industri minyak dan gas asli akan dibangunkan di Kelantan bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru dan menjadi pendapatan kepada rakyat negeri ini” titah baginda lagi.Titah baginda ini bertepatan sekali dengan ucapan oleh Menteri Besar Kelanta, Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa pelancaran Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) baru-baru ini.Dengan hasrat dua pemimpin tertinggi negeri Kelantan ini diharap mendapat perhatian yang khusus dari pihak Petronas dan Kerajaan Pusat.Dalam pada itu baginda juga menyatakan sukacita dengan beberapa program pembangunan rakyat dijalankan oleh pihak kerajaan, sambil menyebut ‘Jihad Ternak’ sebagai contoh serta beberapa pembaharuan yang telah dijalankan dalam pentadbiran negeri.Sebelum itu Baginda Sultan dan Raja Perempuan serta Putera Mahkota telah disambut oleh Menteri Besar, Ahli Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri serta para pegawai tadbir negeri semasa keberangkatan tiba untuk merasmikan pembukaan persidangan Dun Kali Ke-3 (Belanjawan).
dipetik dari blog YB Husam Musa: www.husammusa.com
0 comments:
Post a Comment