Wednesday, November 28, 2007

PASUKAN BOLA SEPAK LIGA PERDANA KELANTAN


Pasukan Liga Perdana Kelantan 2007
Oleh: Mohd Ridzuan Mohammad

Kancah Liga Perdana Malaysia 2007/08 akan bermula pada 17hb Disember depan. Semua pasukan sedang giat mempersiapkan pasukan masing-masing untuk menghadapi cabaran tersebut. Pasukan Kelantan juga tidak ketinggalan untuk mempersiapkan pasukan yang mantap di bawah kepimpinan baru Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), iaitu Dato' Seri Annuar Musa sebagai Presiden baru. KAFA dilihat begitu rapi dan bersungguh-sungguh mempersiapkan pasukan Kelantan bermula dengan pelantikan Norizan Bakar, bekas Ketua Jurulatih Pasukan bola sepak Malaysia sebagai Ketua Jurulatih baru Pasukan Kelantan. Kini mereka sedang menguji pemain import yang sesuai untuk mengukuhkan lagi pasukan Kelantan. Terbaru mereka sedang menguji pemain dari Thailand, Surya Domtaisong dan Pipat Thonkanya, Jan Necas (Rep.Czech) dan Luis Fernando Espindola (Uruguay)
.


GELOMBANG KUNING DALAM SIDANG DUN KELANTAN



Oleh: Mohd Ridzuan Mohammad
Sebagai tanda sokongan padu kepada tuntutan BERSIH dalam Pilihan Raya Umum nanti, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Kelantan memakai pakaian kuning pada sidang DUN baru-baru ini. MB Kelantan, YAB Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengetuai ADUN PAS memasuki Dewan Undangan untuk perbahasan pada sesi kali ini.

Tuesday, November 27, 2007

Serangan Al-Qassam: Rejim Israel kalah, 7 cedera

SELASA, 27/11/07 - Beit Hanun, (PIC)—Komander Rejim Israel mengakui bahawa tujuh daripada askarnya cedera di dalam serangan Briged Al-Qassam, sayap ketenteraan Hamas di utara Gaza. Akhbar Hebrew melaporkan bahawa tujuh orang askarnya dimasukkan ke hospital selepas menghidu gas daripada ‘bom asap’ tetapi tidak menyebut secara terperinci.

Briged Al-Qassam menyebut bahawa pejuang-pejuangnya melakukan serang hendap ke atas patrol pejalan kaki Rejim Israel berhampiran Beit Hanun (Erez) yang melintas di utara Gaza, meletupkan tiga bahan letupan berhampiran mereka dan melepaskan 2 RPG serta satu roket Battar ke atas mereka. Sumber itu menambah bahawa lima bom mortar turut dilepaskan sebelum pejuang-pejuang tersebut malarikan diri sambil mengesahkan seleruh operasi tersebut telah dirakam dan akan didedahkan kepada media tidak lama lagi.

Sayap bersenjata itu turut menambah bahawa seorang daripada komandernya, Musab Ja’bir, 23 telah syahid di dalam operasi itu selepas menembak mortar kepada kenderaan bersenjata Rejim Israel di kawasan yang sama. Sumber Al-Qassam mengatakan bahawa operasi ini memberi mesej yang jelas kepada ‘musuh Zionis dan ketua-ketua jenayah mereka yang cuba menzahirkan diri sebagai pejuang kedamaian sebelum pemimpin Arab dan Muslim dengan mengatakan bahawa bom perlu dibalas dengan bom dan darah dengan darah’.

sumber : http://www.palestine-info.com

Monday, November 26, 2007

PERANAN MAHASISWA ISLAM PERLU DIPERKASAKAN


Mahasiswa merupakan pewaris kepimpinan negara dan masyarakat. Sejarah membuktikan keperkasaan, keaktifan dan sifat progresif gerakan mahasiswa telah membuahkan hasil yang cukup lumayan bagi sesebuah negara pada masa depan.Mahasiswa dilihat pendokong utama ke arah reformasi masyarakat melalui revolusi dan secara evolusi melalui penyertaan dalam pentadbiran negara. Sebagai anak muda yang mempunyai sifat kreatif, jiwa memberontak dan bersifat tergesa-gesa akan membentuk keperibadian mahasiswa yang menongkah arus dan mempunyai keinginan yang tinggi untuk mengubah sistem yang bobrak dan korup.Mahasiswa pengubah sistem. Itulah mitos mahasiswa dalam perjuangan mereka dan khayalan ini akan disedarkan selepas mereka keluar dari alam kampus.Gerakan Mahasiswa Islam (GMI) bukanlah wadah pinggiran dalam perjuangan sosial, politik dan dakwah seantero dunia. Di Afghanistan, mahasiswa Islam telah menewaskan golongan Sosialis dalam pilihanraya kampus dan mempelopori penubuhan pasukan pejuang Mujahidin melawan Rusia. Ketua Ikhwanul Muslimin Afghanistan, Ahmad Niazi dan mahasiswa Islam Universiti Kabul mula mengerakkan kelompok pelajar Islam yang dikenali Juanan Muslim (kemudian dikenali Jamiyyah al Islamiyyah) pada tahun 1969.Pada tahun 1972, kelompok pelajar Islam berjaya menguasai kerusi di Dewan Mahasiswa Universiti Kabul dan ia telah menakutkan pendokong Komunis dan Sosialis di Afghanistan. Pada tahun 1975, Mohamad Daud mempenjarakan Ahmad Niazi dan tindakan kejam rejim ini menyebabkan ramai pemimpin pelajar termasuk Rabbani dan dan Sayyaf melarikan diri ke Pakistan. Di Mesir pula, mahasiswa Ikhwanul Muslimin telah berjaya mengalahkan golongan nasionalis di Universiti Fuad I.Di Malaysia, kebangkitan mahasiswa Islamis berputik pada awal tahun 1970an tetapi mula mengancam survival politik golongan nasionalis pada awal 1980an. Bermula awal tahun 1990an, GMI mula mendominasi politik kampus di hampir setiap universiti di Malaysia. Walaupun disekat dengan pelbagai formula, GMI di Malaysia terus meredah ranjau perjuangan semampu yang terdaya.Di sini, penulis menukilkan sejarah awal perjuangan mahasiswa Islamis di kampus untuk memasyarakatkan masyarakat kampus dengan suluhan Islam. Penulis juga memaparkan pengolakkan antara proksi GMI dan kebangkitan dinasti kepimpinan ulama dalam politik kampus.Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) diwujudkan pada pertengahan tahun 1950an hasil inisiatif Syed Muhamad Naquib al Attas, seorang pelajar Islam di Universiti Malaya, Singapura. Walau bagaimanapun, peranan PMIUM mula menonjol dan rancak apabila Universti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, PMIUM di bawah pimpinan Hussein Ahmad berjaya mendapat tanah untuk Masjid Ar-Rahman yang telah dibina pada tahun 1963.Pada tahun 1962, PMIUM bergabung di bawah PKPIM dengan menubuhkan Badan al Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia. Sebelum terlaksananya AUKU, PMIUM adalah badan pelajar berautonomi dan tidak bernaung dibawah PMUM. Justeru, ia bergerak bebas tanpa terikat dengan dasar PMUM yang dikuasai oleh mahasiswa sosialis.Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau cuba menyerap idea ‘faham Islam’ ke dalam pemikiran pelajar. Beliau telah berjaya menangkis hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis dalam beberapa perdebatan ilmiah.Syed Naquib semasa menjadi pensyarah di UM dilihat sebagai mentor kepada pelajar Islamis dimana setelah kuliah ramai pelajar Islamis berkumpul di pejabat atau rumah beliau. Beliau juga merupakan antara tokoh utama mempengaruhi ABIM-PKPIM dan tokoh lagenda gerakan mahasiswa-belia, Anwar Ibrahim. PMIUM cuba melahirkan mahasiswa yang memahami al Quran dan Sunnah yang melaksanakan prinsip Islam dan menyatukan persaudaraan Islam. Pejuangan PMIUM tersebar melalui makalah seperti Suara PMIUM dan Jurnal Sejahtera.PMIUM adalah pertubuhan pelajar pertama beraliran Islamis di negara ini yang ditubuhkan dengan kaedah yang teratur dan diakui mewakili masyarakat pelajar Islam di kampus terulung negara, Universiti Malaya. Pada 27 Jun 1961, ditubuhkan pula Persekutuan Kebangsaan Pelajar Islam Persekutuan Tanah Melayu dan ditukar kepada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM) pada tahun 1963.Sebelum terjelmanya AUKU, PKPIM memayungi persatuan-persatuan pelajar Islam di setiap institusi pendidikan tetapi peranan ini mula terhakis selepas AUKU 1975 mewajibkan persatuan berbentuk gabungan nasional dan dianggotai persatuan mahasiswa universiti tempatan perlu dibubarkan. Semua persatuan mahasiswa perlu berada dibawah kawalan universiti yang dikenali sebagai Hal Ehwal Pelajar [HEP].PKPIM bernasib baik diberi peluang untuk bernafas berbanding rakan-rakan gabungan peringkat nasional seperti Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia [PKPM, ditubuh pada 15 Mac 1958] dan Persatuan Pelajar Asia (ASA) yang telah dimansuh. Aspirasi PKPIM dilanjutkan ke luar kampus dengan penubuhan ABIM pada Muktamar PKPIM ke 10 pada tahun 1971.Peningkatan kesedaran Islam pada awal tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM bukanlah satu kuasa politik yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis semasa zaman keagungan gerakan mahasiswa pada awal dan pertengahan tahun 1970an. PMIUM pada ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu termasuk isu bahasa dan kemiskinan.Siddiq Fadil Presiden PMIUM sesi 1972/73 telah berjaya mengikis semangat nasionalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif Islam. Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini mestilah dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta mengamalkan amal Islami secara bersungguh-sungguh.Oleh sebab itu, PMIUM cuba menghalang upacara kemaksiatan di Universiti Malaya seperti majlis ball night dan unsur judi dalam pestaria. Galangan bersifat anti-maksiat ini mengakibatkan PMIUM ditohmah dengan pelbagai gelaran termasuk fanatik, antisosial, perkauman, jumud dan taklid buta.Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang bercorak kebudayaan dan kemaksiatan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM.. Oleh sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan. Keadaan ini mendorong PMIUM mengubah corak perjuangan dengan memasuki politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM.Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, orang kuat ABIM], Syed Muhamad Dawilah al Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Namun, hanya Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah yang berjaya memenangi kerusi MPP.Konklusinya, jelaslah bahawa wadah gerakan mahasiswa Islam yang mampu mengepalai pembinaan generasi kepimpinan mahasiswa dan pemimpin masa depan negara yang berpotensi. Karismatik pemimpin mahasiswa Islam wajar digilap dan diberi ruang oleh kerajaan untuk terlibat sama dalam arus perdana perbincangan wawasan pembangunan negara. Pak lah sepatutnya menggunakan kesempatan ini untuk merealisasikan gagasan Islam Hadhari beliau. Peranan mahasiswa Islam perlu meliputi aspek berkaitan soal pendidikan, ekonomi dan sosial masyarakat negara. Mahasiswa Islam wajib tangani permasalah yang berlaku dalam ketiga-tiga aspek itu tadi.

MOHD NAZREE BIN MOHD YUNUS
Mantan Yang Dipertua
Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya 2005/06

Thursday, November 22, 2007

Palestin oh Palestin...


Bayi Palestin 6 bulan meninggal dunia selepas Israel enngan merawatnya

Khamis, 15/11/07 - GAZA-- Seorang bayi Palestin berumur enam bulan mati di Hoispital Nasr, Gaza semalam selepas Israel enggan membenarkannya menerima rawatan di tempat yang diceroboh sejak 1948 itu. Sumber perubatan berkata bayi perempuan itu mati akibat sakit buah pinggang dan tidak boleh dirawat di Semenanjung Gaza yang sedang dikepung Israel. Salah seorang saudara bayi itu berkata penutupan sempadan oleh askar Rejim Israel menyebabkan mereka tidak boleh membawa bayi tersebut ke luar untuk mendapatkan rawatan lanjut sehingga membawa kepada kematian.Kematian bayi itu bukanlah yang pertama berikutan pengepungan ketat Rejim Israel di Gaza bahkan beberapa hari dahulu seorang wanita penghidap kanser mati termasuk juga beberapa penduduk lain sebelum daripada peristiwa itu, semuanya disebabkan oleh penutupan sempadan oleh Rejim Israel dan keengganan untuk membuka laluan bagi pesakit-pesakit menerima rawatan di luar hospital-hospital Semenanjung Gaza yang sememangnya tiada kemudahan yang cukup lengkap.

penterjemah : hijjaz79"

Kelantan Negeriku...

Kelantan Sejahtera 2007: Sultan mahu sumber mineral jadi penjana ekonomi baru Kelantan

Kota Bharu: 19 Nov - Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra mahu kerajaan negeri menjadikan sumber mineral sebagai penjana ekonomi yang baru bagi negeri Kelantan.Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Persidangan kali yang ketiga (Belanjawan) bagi tempoh penggal yang keempat dewan Negeri Kelantan yang kesebelas 2007, di Kota Darulnaim pagi tadi.Saranan itu dibuat oleh baginda supaya pihak kerajaan lebih bersungguh-sungguh meneroka dan membangunkan sumber-sumber baru dari khazanah bumi dan warisan negeri.“Beta berharap kerajaan negeri memberikan perhatian da;am mengeksploitasikan sumber-sumber kekayaan perut bumi ini, bagi menjana kepada pertambahan hasil negeri” memetik titad baginda di majlis perasmian tersebut.Diantara sumber mineral negeri yang diambil perhatian oleh baginda adalah emas, lempung bebola, batu kapur dan feldspar. Semua mineral ini sangat bernilai untuk diusahakan samaada untuk dieksport atau untuk kegunaan domestik.Walaubagaimanapun, baginda Sultan lebih berminat untuk melihat hasil minyak dan gas yang terdapat di perairan Kelantan dapat dinikmati hasilnya oleh kerajaan dan rakyat Kelantan secara khusus.“Beta berharap pembangunan industri minyak dan gas asli akan dibangunkan di Kelantan bagi mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baru dan menjadi pendapatan kepada rakyat negeri ini” titah baginda lagi.Titah baginda ini bertepatan sekali dengan ucapan oleh Menteri Besar Kelanta, Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa pelancaran Wilayah Pembangunan Ekonomi Pantai Timur (ECER) baru-baru ini.Dengan hasrat dua pemimpin tertinggi negeri Kelantan ini diharap mendapat perhatian yang khusus dari pihak Petronas dan Kerajaan Pusat.Dalam pada itu baginda juga menyatakan sukacita dengan beberapa program pembangunan rakyat dijalankan oleh pihak kerajaan, sambil menyebut ‘Jihad Ternak’ sebagai contoh serta beberapa pembaharuan yang telah dijalankan dalam pentadbiran negeri.Sebelum itu Baginda Sultan dan Raja Perempuan serta Putera Mahkota telah disambut oleh Menteri Besar, Ahli Exco, Ahli Dewan Undangan Negeri serta para pegawai tadbir negeri semasa keberangkatan tiba untuk merasmikan pembukaan persidangan Dun Kali Ke-3 (Belanjawan).
dipetik dari blog YB Husam Musa: www.husammusa.com

Alhamdulillah dapat adik lagi...

Alhamdulillah 20hb November yang lalu, saya mendapat seorang lagi adik, menjadikan bilangan adik-beradik saya seramai 14 orang. Syukur kepada Allah kerana menganugerahkan kepada saya bilangan adik-beradik yang ramai.

Tuesday, November 20, 2007

Malaysia waras?


PR lebih penting dari advertising - tulis Al Ries dan Laura Ries dalam buku National Bestsellernya - The Fall of Advertising and The Rise of PR.Dan lihat PR yang dijalankan oleh pemimpin BN kebelakangan ini....Kulit muka depan majalah berpengaruh Indonesia - Tempo - 'Indonesia-Malaysia: Unneighborly Relations' - sketsa pemimpin Malaysia mendongak angkuh terhadap pemimpin negara serumpun. Jurulatih karate Indonesia dikarate polis Malaysia dan kita mulanya enggan meminta maaf. Isteri konsol Indonesia di KL ditahan kerana pegawai RELA tidak kenal apa itu kad diplomatik. Maid Indonesia dirogol dan dikurung. Banyak lagi termuat dalam Tempo yang menjadikan nama Malaysia busuk.MB Selangor memecah budaya Timur, Barat dan mana saja, tanpa segan, memalukan pegawai beliau sendiri dengan anugerah penyapunya. Tindakan mulia, katanya.ZAM, bergaduh dengan Al Jazeera, seantero dunia boleh menilai kita pandir atau apa. "Al Jazeera...., this is Al Jazeera attitude...., right..." Keris tanpa sarung belum reda. Sekali, untuk menikam lawan. Sekali untuk perpaduan.Badruddin Amiruddin, Pemangku Pengerusi Tetap UMNO, memalukan wanita Malaysia dengan sebutan 'terowong'nya.MIC lawan PPP.Chua Soi Lek memanggil Pengerusi SPR 'a liar'. Berat tu. “He (Rashid) is just looking for some exposure. You can write that. I stand by it,” said Chua, according to China Press. Malaysia masih waras?
dipetik dari:www.cetusan-hati.blogspot.com

Beraya di rumah ust Ishaq Suliaman di Batang kali, Selangor

Beraya di rumah Ust Ishaq Suliaman
(Berdiri dari kiri; Sheikh, dayat, abg Dzul, Alan, fauzan, syed, w.azman, shazni, faisal, Ust Ishaq.
Duduk dari kiri; Saya, najib, al-hafiz(botak), yus, hafizudin)

Monday, November 19, 2007

Kenangan semasa berada di Nilam Puri


Bergambar bersama sahabat-sahabat semasa berkelah ,
(berdiri, dari kiri:sobirine, danial, rasyid, saya (ridzuan), tarmizi, ridwan, faezuddin, amin. Duduk, dari kiri:Badrunnaim, afifuddin, norazali, ghafar, shahir, haafizuddin)

BERKELAH BERSAMA KAWAN-KAWAN


Kenangan bersama kawan-kawan dari kanan saya, aizudin,izat amin,kamal,faisal,shahir dan hilman
 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan