Kedatangan bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi akan di sambut secara besar-besaran di Universiti Malaya anjuran Biro Kerohanian dan Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPMUM) pro Mahasiswa sesi 09/10 dengan kerjasama persatuan -persatuan Anak negeri dan Balai Islam Kolej Kediaman Universiti Malaya.
Program Ihya Ramadan Al-mubarak (IKRAM 09) yang bakal bermula nanti akan menekankan konsep Ibadah dan penghayatan diri sebagai hamba serta pembudayaan ilmu sepanjang bulan puasa ini.
Ihya Ramadan pada kali ini kita akan cuba menghidupkan roh tarbiyyah di kalangan warga universiti Malaya. Kita (MPMUM) tidak mahu bulan Ramadan ini berlalu begitu sahaja tanpa kita selaku hamba Allah merebut ganjaran yang telah di janjikanNYA. " kata Pengerusi Biro Kerohanian dan Kepimpinan MPMUM sdr Aizat Bin Mohd Salleh.
Sepanjang Ramadan ini juga, MPMUM tidak hanya memberi fokus kepada amalan ritual semata-mata, namun dalam masa yang sama , pembudayaan ilmu juga akan di lakukan. Antara aktiviti yang akan di laksanakan seperti Iftar jamaie (berbuka beramai-ramai), bertadarus, solat sunat tarawikh , tazkirha , forum dan sebagainya.
Pengarah program sdr Mohd Mattasian bin Ogus , yang merupakan mahasiswa tahun ke 2 Akademi pengajian Islam (API) mengalu-alukan semua warga kampus tidak kira siapa untuk memeriahkan dan menghidupkan aktiviti sepanjang bulan Ramadan ini.
IKRAM'09 antara program mega MPMUM Pro-Mahasiswa setelah selesainya penganjuran Festival Konvokesyen Universiti Malaya ( FESKUM'09) baru -baru ini. Pro-Mahasiswa telah berjaya memenangi MPMUM pada pilihanraya Kampus yang lalu.