Wednesday, July 29, 2009

MELAWAT TEMPAT KEJADIAN SISWA JATUH BANGUNAN VISTA ANGKASA

sdr. Fadzil menunjukkan tempat siswa tersebut jatuh
mendengar penerangan wakil penduduk dan pihak keselamatan Vista Angkasa
bersama pengerusi persatuan penduduk Vista, En. Zul (sebelah saya)

27 Julai lalu, saya dan beberapa ahli Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) , sdr, Aizat dan sdr. Fadzil berkesempatan melawat tempat kejadian seorang siswa UM meninggal dunia jatuh dari tingkat 16 Vista Angkasa. Siswa tersebut dikenali sebagai Tan Kian Chong, Fakulti Sains, tahun keempat berasal dari Muar, Johor meninggal di tempat kejadian kerana kecederaan teruk di bahagian kepala.

Kejadian tersebut berlaku di Blok 5 Vista Angkasa. Ketika kejadian blok tersebut sedang dicat dan proses penambahbaikan. MPMUM sempat dapatkan maklumat daripada pengerusi persatuan penduduk Vista Angkasa dan juga pihak polis.

sdr. Fadzil mewakili MPMUM menghulurkan sumbangan kepada adik mangsa

Semalam (28 Julai 2009) MPMUM sempat melawat keluarga mangsa di Pusat Perubatan UM (PPUM) dan menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban keluarga mangsa. Takziah kepada keluarga Tan Kian Chong.

Saturday, July 25, 2009

SEKITAR ZIARAH LUAR KAMPUS MPMUM

Menyerah sumbangan kepada pelajar dari Yaman
mendengar aduan pelajar antarabangsa
mendengar aduan dan luahan pelajar luar kampus
menyerah sumbangan
aduan pelajar perempuan

Pada 16 Julai yang lalu saya berkesempatan melawat pelajar Universiti Malaya (UM) yang berada di luar kampus. Pelajar-pelajar ini tinggal sekitar Pantai Dalam. Lawatan ini melibatkan beberapa ahli MPMUM antaranya sdr. Fadzil, sdr. Aizat, serta beberapa siswa dan siswi AJK MPMUM.

Kami memberikan sumbangan dan juga borang aduan kepada pelajar-pelajar. Antara aduan yang kami terima, mereka menyentuh mengenai aspek keselamatan, dan aduan-aduan melibatkan masalah fakulti.

Thursday, July 23, 2009

PERJUMPAAN KHAS BERSAMA NC BINCANG ISU LARANGAN BAWA KERETA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Berhubungan dengan polisi baru Universiti Malaya (UM) iaitu larangan membawa kenderaan ke kampus, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) telah mengadakan satu perjumpaan dengan Naib Canselor (NC) Universiti Malaya, Prof. Datuk Dr. Ghauth Jasmon pada 23 Julai 2009 untuk membincangkan isu ini.

Berikut merupakan hasil perbincangan yang telah dipersetujui bersama :

1. Semua mahasiswa/i dibenarkan membawa motosikal ke kampus.

2. Semua mahasiswa/i tahun keempat dan ke atas boleh memasuki kampus Universiti Malaya melalui mana-mana pintu masuk dan meletak kereta di mana-mana tempat meletak kereta di dalam kampus.

3. Dari Hari Isnin sehingga Sabtu, Pelajar Pusat Asasi Sains, Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3 ijazah dasar dibenarkan membawa kereta ke dalam kampus Universiti Malaya melalui pintu masuk Damansara ( dibuka dari jam 6 pagi hingga 12 malam) dan dibenarkan untuk meletak kereta di kawasan-kawasan berikut :

a) Kawasan letak kereta di hadapan kolej 10.

b) Kawasan Lapang di sekitar kompleks PALAPES.

c) Sepanjang jalan (yang bertanda) di antara kolej 10 dan PALAPES

Perkhidmatan shuttle bus akan disediakan dari tempat meletak kereta ke seluruh kampus Universiti Malaya.

4. Walau bagaimanapun, berdasarkan keperluan mahasiswa/i dan kokosongan tempat meletak kereta di fakulti masing-masing, NC akan mempertimbangkan mahasiswa/i Tahun 3 untuk membawa kereta ke dalam kampus dan masuk melalui mana-mana pintu masuk serta meletak kereta di mana-mana tempat meletak kereta di seluruh kampus. Sila berjumpa dengan wakil fakulti untuk makluman lanjut.

5. Pihak pentadbiran akan berusaha untuk menambahbaik perkhidmatan shuttle bus Universiti Malaya. Sila berikan maklum balas kepada ahli MPMUM jika anda menghadapi sebarang masalah berkenaan perkhidmatan shuttle bus; waktu operasi bas, kelakuan pemandu bas dan lain-lain. Dalam maklum balas anda sila nyatakan tarikh, masa dan no. plat bas. Semua maklum balas hendaklah dihantar ke mpmum@um.edu. my.

6. Bukan warga Universiti Malaya hanya dibenarkan masuk ke dalam kampus selepas mendapat pelekat pelawat.

7. Satu dialog terbuka bersama dengan NC akan diadakan bagi menerangkan tetang polisi baru ini. Jika anda mempunyai sebarang keraguan atau pertanyaan, bolehlah diajukan semasa dialog. Makluman lanjut berkenaan dialog ini akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Untuk sebarang pertanyaan dan respon, sila emelkan kepada mpmum@um.edu. my. Diharapkan semua respon yang diberikan dapat disertakan dengan maklumat yang terperinci.

Sekian, Terima Kasih

MOHD RIDZUAN MOHAMMAD

Yang Dipertua,

Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya,

Sesi 2008/2009


_________________________________________________________________________________

Assalamualaikum and greetings to all students.

The university has implemented a new policy with regards to the restrictions of students bringing cars into the university campus. Recently, the council met with the Vice Chancellor, Prof Datuk Dr Ghauth Jasmon to review and discuss this new policy.

The following were decided and agreed upon:

1. Regardless of year of study, all students are allowed to ride motorcycles on campus.

2. 4th and 5th year students are allowed to drive their cars through any entrance and park anywhere on campus.

3. From Monday – Saturday, foundation of science program (PASUM), 1st, 2nd, and 3rd year students are only allowed to drive into campus through the Damansara gate (open from 6am-12am) and to park at:

a) Parking lots in front of the 10th Residential College.

b) Designated areas near PALAPES training area.

c) Along the roadside between the 10th Residential College and the PALAPES Complex.

Shuttle buses will be provided from the above parking areas to the rest of the campus.

4. However, based on the needs of students and parking areas of each faculty, the VC may allow 3rd year students to drive their cars through any entrance to park at their faculty. Please see your faculty representative for further enquiries.

5. Efforts will be taken to improve and upgrade the campus shuttle bus service. Do feedback to the council members should you face any problems with the shuttle bus service, e.g. Late arrivals and departures, dangerous driving, impolite drivers and so on. In your feedback, state the date, time of the incident and the bus registration number plate. All feedback should be emailed to mpmum@um.edu. my.

6. Members of the public are only allowed to drive into the campus after obtaining a visitor’s pass.

7. An open dialogue with our VC will be held campus wide to explain and clarify the new policy. If you have any doubts or queries, do prepare questions and attend the dialogue. Details of the dialogue will be announced soon.

For any enquiries and responses, feel free to email mpmum@um.edu. my. We would appreciate all feedback to be concise, constructive and detailed.

Thank You.

MOHD RIDZUAN MOHAMMAD

President,

Undergraduates’ Representative Council of Universiti Malaya,

Session of 2008/2008

Tuesday, July 21, 2009

Suara Siswa

Sunday, July 19, 2009

BENGKEL 'UNIVERSITY OF MALAYA STUDENT DEVELOPMENT CENTRE'

UMSDC- University of Malaya Student Development Centre

Saya dalam kumpulan- sebelah saya, Dr. Rauzah dan Dr. Faizah

Ahli kumpulan saya- Dr. Faizah sedang menerangkan ideanya kepada Dr. Johan

kumpulan lain

Semalam saya berkesempatan menghadiri bengkel University of Malaya Student Development Centre (UMSDC) di Hotel Marriot, Putra Jaya. Bengkel bermula pukul 9 pagi hingga 5.30 petang tersebut di pengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (TNC) Akademik dan Antarabangsa, Prof Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin.

Turut terlibat dalam bengkel ini, En. Apandi Khalib, Pendaftar di Canseleri, Prof Dr. Zahurin Mohamed (pensyarah Fakulti Perubatan), Prof Dr. Rauzah Hashim, Prof Madya Dr. Johan Shamsuddin Sabaruddin (pensyarah Fakulti Undang-undang), Prof Madya Dr. Faizah Yunos (pengetua kolej 10), Prof Dr. Ishak Suliaman (pensyarah Akademi Pengajian Islam), En. K. Puniamurthy (pendaftar di Hal Ehwal Pelajar-HEP), Dr. Stefanie Pillai, En. Ab Azid Che Ibrahim (PUSMAL) dan ramai lagi.

Pelajar yang terlibat selain saya, Sdri Shah Rizul Ayuni Zulkiply (Setiausaha MPMUM) dan Luqman Hakim Roslan (JIK kolej ke-3). kami dibahagikan mengikut kumpulan untuk perbincangan setiap tajuk sebelum pembentangan pada sesi petang. Saya diletakkan dalam kumpulan ke-3 bersama Prof Dr. Rauzah, Prof Madya Dr. Johan dan Prof Madya Dr. Faizah.

Empat kumpulan telah dibahagikan, dengan setiap kumpulan membincangkan tajuk yang telah diberi. Empat tajuk tersebut adalah, kumpulan pertama, What kind of Graduates does UM want? (kumpulan 2) The idea of the UM Student Development Centre. How will it be organized/ Governance involved. How do we go about to get buy-in from students at Faculty level?(kumpulan 3) What is needed for UMSDC in terms of facilities, staff, funding? dan kumpulan 4, What is Mission and Objectives of the UMSDC?

Sebelum sesi perbincangan, Prof Raja Maznah, Dr. Stefanie Pillai dan Prof Dr. Zahurin membentangkan kertas kerja dan laporan lawatan ke Liverpool John Moore University (LJMU). Alhamdulillah bengkel ini berjalan lancar dan suasana perbincangan secara santai dan bebas.

RANCANGAN SUARA SISWA RTM

gambar forum Suara Siswa RTM yang diadakan di UiTM, Shah Alam

Assalamualaikum dan salam perpaduan

InsyaAllah sekiranya tiada halangan dan aral melintang, pada 21 Julai ini saya akan muncul buat kali kedua dalam rancangan Suara Siswa RTM1 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pukul 9 malam.

Saya difahamkan untuk kali ini, presiden Majlis Perwakilan Pelajar @ SRC Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Sdr. Sofiyussalam dan Naib Canselor UPSI akan menjadi ahli panel forum bersama saya.

Tajuk forum pada kali ini, 'Mansuhkan PPSMI'.


MENGHADIRI MAJLIS PERASMIAN PUSMAL & PROJEK IKAN DALAM SANGKAR

Pada 14 Julai yang lalu saya sempat menghadiri Majlis Perasmian Pusat Pembangunan Usahawan Siswazah Malaysia (PUSMAL) Universiti Malaya (UM) dan pelancaran projek ternakan ikan sangkar di Auditorium Kompleks Perdana Siswa (KPS).

Majlis bermula pukul 9.30 pagi, nyayian lagu Negaraku dan persembahan tarian kuda kempang. Selepas taklimat oleh En. Ab Azid Che Ibrahim, pengarah eksekutif PUSMAL dan juga ucapan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Dr. Ghauth Jasmon.

Selepas itu, terus kepada ucapan Menteri Pengajian Tinggi, YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin dan gimik perasmian, melepaskan belon dan menampakkan akuarium ikan di pentas. Kemudian nyayian lagu UM mengakhiri majlis perasmian di Auditorium KPS.

Disusuli sidang media bersama menteri di bilik DP2. Soalan-soalan banyak menyentuh mengenai projek-projek ikan dalam sangkar dan keterlibatan mahasiswa dan siswazah. Diselitkan juga dengan soalan mengenai tangkapan mahasiswa yang terlibat kes conteng dinding dan tangkapan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) dalam kawasan UM.

Majlis makan tengahari melengkap majlis perasmian pada hari tersebut. Dato' Seri Khaled tidak dapat terlibat sama kerana tergesa-gesa ke majlis mesyuarat untuk PTPTN.

Sunday, July 12, 2009

OBAMA OH OBAMA...



Lihat betul-betul video tersebut

Rakaman video menyiarkan aksi Barack Obama, presiden Amerika Syarikat ketika Sidang Kemuncak Kumpulan Negara Membangun (G8) di L'Aquila, Itali begitu hangat di internet. Bukan kerana tindakan atau ucapan semasa sidang tersebut, tetapi aksi beliau memandang gadis muda mewakili negara Brazil semasa sesi bergambar.

Obama pada ketika itu bersama presiden Perancis, Nicolas Sarkozy. Sarkozy turut memandang sama gadis tersebut ketika menuju kepada Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva. Gadis tersebut bernama Mayara Tavares, 16 tahun mewakili Brazil bagi membincangkan tema kemiskinan dan pemanasan global. Kumpulan anak muda tersebut dinamakan 'Junior 8' atau J8.

Friday, July 10, 2009

RESPON SAYA TENTANG KETUA JABATAN PENGAJIAN INDIA

Agak mengejutkan tindakan Datuk Seri S. Samy Vellu, presiden MIC berkenaan isu ketua Jabatan Pengajian India di Fakulti Sastera dan Sains Sosial (FSSS) Universiti Malaya (UM). Beliau membantah tindakan Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ghauth Jasmon melantik ketua jabatan tersebut.

Tidak cukup dengan itu, presiden MIC itu mahu membawa isu ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekiranya NC tidak mengubah keputusannya melantik ketua jabatan bukan kalangan kaum india.

Samy Vellu seharusnya memberi peluang kepada NC memberi penjelasan kenapa beliau membuat keputusan begitu. Bukannya terus mahu mengugut sekiranya NC tidak ikut telunjuknya.

Harus disedari, Tindakan NC itu lebih kepada untuk menyelesaikan kemelut yang wujud dalam jabatan itu, iaitu masalah dalaman. Bagi saya NC telah membuat keputusan yang terbaik iaitu untuk mengelak masalah yang lebih rumit dan nilaian NC pada kredebiliti dan kelayakan akademik.

Saya mencadangkan sebelum Samy Vellu mengambil tindakan melulu, tanyalah NC terlebih dahulu.
 
Copyright 2009 Dari Minda Anak Muda. Powered by Blogger Blogger Templates create by Deluxe Templates. WP by Masterplan